SOSIAL MEDIA

21 August, 2026

SYASYA RIZAL BUKTIKAN MOTHERHOOD BUKAN PENGHUJUNG IMPIAN MENERUSI " DIFFERENT "

KUALA LUMPUR — Dah bergelar isteri dan ibu tak bermakna kena padam mimpi. Itu mesej jelas Syasya Rizal menerusi single solo sulungnya, *“Different”* yang dilancarkan hari ini, 21 Ogos 2026.

Selepas sekian lama dinanti, Syasya kembali dengan versi dirinya yang baru. Lebih matang. Lebih yakin. Lebih berdikari.

“Same Syasya, just a different chapter,” katanya ringkas.

Lagu berentak pop segar ini ditulis bersama Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi, Naim Daniel dan Syasya sendiri. Ia bukan tentang bersaing dengan sesiapa. Ia tentang membina laluan sendiri.

Bagi Syasya, “Different” sangat peribadi. Ia cerminan fasa hidupnya kini - membesar sebagai ibu, tetapi masih mengejar impian di pentas muzik.

“Saya harap wanita di luar sana faham. Keutamaan boleh berubah, tapi impian tak perlu dipadam,” ujarnya.

Dengan tenaga yang masih kita kenali, tapi lirik yang lebih dalam, “Different” dijangka jadi anthem untuk ramai wanita yang sedang struggle antara keluarga dan kerjaya.



Single ini kini boleh distrim di semua platform digital. Dan menurut Syasya, ini baru permulaan.