SOSIAL MEDIA

21 August, 2026

" ANDA ADA SUARA? KAMI ADA PENTAS! " MELILEA LANCAR BINTANG SUARA MELILEA 2026 UNTUK PERKASA BAKAT MUDA

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2026 – MELILEA (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan BINTANG SUARA MELILEA 2026, sebuah inisiatif di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MELILEA yang bertujuan mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam kalangan generasi muda di seluruh Malaysia.

Mengangkat tagline “IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA”, program ini bukan sekadar pertandingan nyanyian, sebaliknya menjadi platform pembangunan potensi yang memberi peluang kepada peserta membina keyakinan diri, memperoleh pendedahan industri serta mengembangkan bakat secara positif, berdisiplin dan berintegriti.

Inisiatif ini selari dengan falsafah MELILEA “Transforming Lives”, yang menekankan usaha membantu individu mengenal potensi diri, membina keyakinan serta mencipta peluang untuk kehidupan yang lebih baik.

MELILEA percaya kejayaan tidak bergantung kepada bakat semata-mata, tetapi turut memerlukan usaha, disiplin, ketekunan, bimbingan dan keberanian merebut peluang.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, BINTANG SUARA MELILEA 2026 dilaksanakan melalui kolaborasi strategik bersama SWYM Entertainment Group, yang mempunyai pengalaman dalam pembangunan dan pengurusan bakat seni.

SWYM Entertainment Group diterajui Ong Peng Chu, penggiat industri yang berpengalaman lebih 40 tahun serta pernah terlibat dalam pembangunan kerjaya dan pendedahan pasaran hiburan China bagi penyanyi Malaysia termasuk Shila Amzah dan Jeryl Lee Pei Ling.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan MELILEA International Group of Companies, Datuk Prof. Dr. Alan Wong, berkata MELILEA percaya setiap individu mempunyai potensi untuk membina kehidupan lebih baik sekiranya diberikan peluang, sokongan dan bimbingan yang sewajarnya.


“BINTANG SUARA MELILEA 2026 bukan sekadar pertandingan untuk mencari pemenang. Ia adalah platform untuk generasi muda mengenali dan mengembangkan potensi diri melalui peluang, pengalaman, bimbingan dan sokongan.

“Kami percaya setiap individu mempunyai impian, setiap individu mempunyai suara dan setiap individu berhak membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Menurut beliau, peluang kepada golongan muda merupakan satu bentuk pelaburan terhadap masa depan masyarakat dan negara kerana perkembangan seseorang individu turut berpotensi memberi kesan positif kepada keluarga dan komuniti.

Sementara itu, Ong Peng Chu, selaku rakan penganjur bersama dan juri, berkata pertandingan ini memberi ruang kepada bakat baharu untuk didengari, dilihat dan diberikan peluang melangkah lebih jauh dalam industri muzik.

“Kalau anda rasa mempunyai bakat, potensi atau sangat mencintai dunia nyanyian, jangan hanya menyanyi seorang diri di rumah. Apabila peluang datang, beranilah untuk tampil ke hadapan.

“Pentas dan mikrofon sudah tersedia. Kini kami hanya menantikan anda. Mana tahu, suara baharu yang kami cari mungkin adalah suara anda,” katanya.

Program ini turut mendapat kerjasama Neo Gendang Studio, diterajui komposer, pengarah muzik dan gitaris kumpulan Wings, Edrie Hashim, sekali gus memperkukuh ekosistem pembangunan bakat yang lebih tersusun dan profesional.


BINTANG SUARA MELILEA 2026 memberi penekanan kepada pembangunan peserta secara menyeluruh, termasuk:

mencungkil dan mengetengahkan bakat baharu;

membina keyakinan diri dan keberanian mengejar impian;

menyediakan pendedahan serta bimbingan daripada penggiat industri;

menggalakkan generasi muda memilih landasan yang positif dan bertanggungjawab;

memperkukuh nilai disiplin, integriti, kreativiti dan daya tahan;

membuka peluang kepada bakat tempatan untuk berkembang ke peringkat lebih tinggi, termasuk serantau dan antarabangsa.

Selain peluang memenangi hadiah wang tunai dan produk kesihatan, peserta turut berpeluang mendapat pendedahan kepada peluang serta pentas yang lebih luas dalam industri hiburan.

MELILEA melihat kejayaan program bukan semata-mata berdasarkan siapa yang muncul sebagai juara, tetapi sejauh mana peserta berkembang dari segi keyakinan diri, kemahiran, pengalaman dan pemahaman terhadap dunia profesional.

Selaras dengan aspirasi pembangunan generasi muda, MELILEA berharap BINTANG SUARA MELILEA 2026 dapat menjadi platform yang membantu melahirkan generasi kreatif, berkeyakinan, berintegriti dan berani membawa bakat Malaysia ke tahap lebih tinggi.


Program ini membawa mesej:

Your Dream · Your Voice · Your Future

Impian Anda · Suara Anda · Masa Depan Anda

Transform Your Life with MELILEA

Transformasi Hidup Anda Bersama MELILEA