SOSIAL MEDIA

09 August, 2026

CONCORDE HOTEL SHAH ALAM DAN MUAYFIT MALAYSIA BUKA RUANG PELAJARI MUAY THAI BENTUK KEYAKINAN DAN DISIPLIN DIRI

SHAH ALAM, 8 Ogos 2026 – Muay Thai kini tampil sebagai antara pengalaman kecergasan baharu yang ditawarkan di Concorde Hotel Shah Alam menerusi kerjasama dengan MuayFit Malaysia, sekali gus memperluas konsep hotel sebagai destinasi gaya hidup dan kesejahteraan, selain sekadar tempat penginapan.

Program yang akan bermula pada 22 Ogos ini di Kilos Fitness Centre terbuka kepada orang dewasa, kanak-kanak berusia enam tahun ke atas, keluarga, kumpulan korporat serta orang awam. Dengan yuran serendah RM49 bagi satu sesi, peserta bukan sahaja berpeluang mempelajari asas Muay Thai dan tinju, malah turut menjalani latihan kecergasan berfungsi.

Tetamu hotel dan pengunjung turut boleh menikmati kemudahan serta aktiviti kecergasan lain, termasuk program berenang bersama Swim Up Academy.

Menurut MuayFit Malaysia, seni mempertahankan diri tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai latihan untuk bertarung atau melawan. Sebaliknya, latihan yang dilakukan secara teratur mampu membentuk keyakinan diri, disiplin, ketahanan fizikal dan mental, selain menjadi salah satu cara untuk menguruskan tekanan.

MuayFit yang ditubuhkan pada 2010 dan kini mempunyai empat cawangan di Lembah Klang turut memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut wakilnya, kanak-kanak mudah menyerap perkara yang dipelajari dan diperhatikan, justeru latihan Muay Thai turut disertai penerapan nilai seperti menghormati orang lain, tidak mudah berputus asa dan bertanggungjawab terhadap kemahiran yang dimiliki.


Setiap sesi latihan turut disusuli perbincangan bagi membantu peserta memahami situasi sebenar apabila berdepan ancaman serta tindakan yang wajar diambil dalam keadaan mempertahankan diri.

Pendekatan itu penting bagi memastikan kemahiran yang dipelajari tidak disalahgunakan untuk mencederakan orang lain. Peserta juga dididik bahawa kekuatan fizikal perlu disertai kawalan diri, pertimbangan yang matang dan rasa tanggungjawab.

Bagi individu yang pernah menjadi mangsa buli, latihan berkenaan dilihat mampu membantu mereka membina semula keyakinan diri. Pada masa sama, mereka yang pernah menggunakan kekuatan fizikal secara tidak wajar turut dibimbing untuk memahami kesan tindakan terhadap orang lain.

Selain program untuk individu dan keluarga, kerjasama berkenaan turut menawarkan aktiviti kesejahteraan korporat serta pembinaan pasukan yang layak dituntut di bawah HRDF/HRDC.

Ia sekali gus membuka ruang kepada syarikat untuk menjadikan Muay Thai sebagai alternatif kepada aktiviti kecergasan dan pembangunan pasukan, khususnya dalam membina komunikasi, disiplin, kerjasama serta ketahanan mental dalam kalangan kakitangan.

MuayFit Malaysia sebelum ini turut dikenali menerusi penganjuran Central Fight Fest yang merekodkan kehadiran lebih 80,000 pengunjung. Organisasi berkenaan juga pernah menjalankan kempen anti-buli di enam hingga tujuh sekolah bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan membina keyakinan diri serta peranan pihak ketiga dalam menangani isu buli.

Sementara itu, Concorde Hotel Shah Alam yang mempunyai 381 bilik dan menawarkan kadar penginapan bermula RM280 bersih semalam terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi yang menggabungkan elemen penginapan, kecergasan dan kesejahteraan.

STAYCATION MENARIK @ CONCORDE HOTEL SHAH ALAM


Bersedia untuk pengalaman staycation yang lain daripada biasa?

Stay • Dine • Fight! 💪🔥


Nikmati penginapan 1 malam di Concorde Hotel Shah Alam hanya dengan:


💰 RM175 nett seorang

👯 Bilik twin sharing

🛏️ Penginapan 1 malam

🍳 Sarapan untuk 2 orang

🥊 Sesi Muay Thai – ayuh aktifkan diri dan lepaskan semangat fighter dalam diri anda! 💪🔥

Menerusi kerjasama tersebut, Muay Thai diperkenalkan dalam perspektif yang lebih luas – bukan sekadar seni berlawan, tetapi satu bentuk latihan yang membantu individu membina keyakinan, menjaga kecergasan, melindungi diri dan keluarga, menghormati orang lain serta menghadapi cabaran dengan lebih tenang dan yakin.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi :-

Kilos Fitness Centre ( Concorde Hotel ) - 

Tel : +60355208000 / +60122819203 

Email : shah@concorde.net