GABUNGAN SEARCH & AWIE
KONSERT CINTA BUATAN MALAYSIA #APOLOGIA
Seperti umum ketahui bahawa kumpulan SEARCH dengan penyanyi Wings, Datuk Awie bukanlah asing lagi . Pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang sengat di hati sanubari setiap peminat mereka.

Pada 1998, Awie tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul Bikin Wilayah, Search ketika itu baru kehilangan penyanyinya. Amy yang berundur manakala Awie sudah empat tahun meninggalkan Wings.
Gabungan Awie bersama Allahyarham Yazit (dram), Din (gitar), Kid (gitar) dan Fauzi (bass) menjadikan Bikin Wilayah antara yang terbaik. Ia turut menang kategori Album Rock TerbaikDi Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1999. Kini, selepas 22 tahun Awie “kembali” bersama Search . Kali ini dalam persembahan Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 12 Dec 2020 jam 9 malam.
Atas permintaan ramai dan jualan tiket yang sangat memberangsangkan ketika itu pihak penganjur telah memilih Stadium Melawati bagi merealisasikan konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia.
Kita semua maklum dimana sebelum ini konsert ini sepatutnya di jayakan pada 28 Mac 2020 di The Bee , Publika , Kuala Lumpur, telah tertangguh dan tidak dapat berlangsung seperti tarikh sepatutnya, disebabkan oleh negara dan seluruh dunia telah dilanda pendemik Covid 19 yang telah menjejaskan pelbagai aktiviti harian kehidupan, ekonomi dan sebagainya di negara kita serta seluruh dunia yang turut terjejas.
Bersama anggota Search terkini iaitu Nasir (bass) , Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (dram), mereka bakal memberikan satu persembahan istimewa dan menggegarkan Stadium Malawati. Apatah lagi , Search sudah lama tidak muncul dalam mana mana persembahan dan Awie pula cukup dikenali sebagai penghibur serba boleh, pastinya Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia ini sangat di nanti nantikan oleh peminat setia mereka.
Yang pasti , mereka akan membawakan lagu lagu dari album Bikin Wilayah dan lagu popular Search dengan bunyian yang lebih segar , terkini dan mantap Mereka juga akan mengadakan segmen khas sebagai penghargaan kepada bekas pemain dram Search, Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada 26 September 2019 yang lalu.
Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia ini mempu meninggalkan kenangan terbaik buat penonton semua dan merupakan satu gabungan yang mantap dan terbaik .
Tiket untuk konsert anjuran Imaginex & HS Shazlicious Trading ini berharga RM399, RM299, RM199 , RM99 dan Rm1000 (VVIP) sebanyak 200 keping sahaja. Penganjur juga ingin memaklumkan kepada semua peminat yang telah membeli tiket ianya masih tetap sah dan bole digunakan pada tarikh 12 Dec 2020 kelak.
Untuk pertanyaan dan sebarang informasi mengenai tiket boleh melayari www.ilassoickets.com dan talipon hotline 03.2170 6333.
Untuk mendapatkan official merchandise bagi konsert boleh didapati di laman yang tertera di bawah :-
Manakala Suria FM, selaku radio rasmi bagi konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia, dan Mewah Event Management selaku yang menjayakan segala urusan AMP konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie # Apologia.





