SOSIAL MEDIA

27 February, 2020

JELITAWAN 3 SOULS SANDRA DIANNE , AISHA RETNO DAN KHODI

SHOWCASE 3 JELITAWAN DALAM 3 SOULS MEMPERSEMBAHKAN SANDRA DIANNE , KHODI DAN AISHA RETNO.

3 SOULS MEMPERSEMBAHKAN SANDRA DIANNE , KHODI DAN AISHA RETNO.

26 Febuari 2020 -Sempena penganjuran Showcase "3 Souls" bertempat di Loudspeaker, Puchong, Sony Music Malaysia hari ini memperkenalkan tiga jelitawan muda tempatan yang mempunyai bakat serta personaliti berbeza dalam penyampaian genre lagu iaitu Khodi, Aisha Retno & Sandra Dianne sebagai artis rakamannya.

SANDRA DIANNE
SANDRA DIANNE

Alessandra Dianne Ampuria atau lebih dikenali sebagai Sandra Dianne satu ketika dahulu pernah popular dengan sebuah lagu "Hey Kau" yang menjadi siulan ramai. Namun Sandra untuk kali ini tampil dengan dengan lagu ciptaan terbaru bertajuk "Tulus". 


Lagu ini dicipta sendiri oleh Sandra Dianne dengan kerjasama Apex CZ. “Tulus” membawa dimensi berbeza dari segi keseluruhan lagunya disebabkan bait-bait bunyi yang lebih matang. Menerusi melodi hinggalah lirik, terdapat keikhlasan yang sangat mendalam dalam setiap pengucapan kata nyanyian Sandra Dianne dalam single tersebut.

KHODI
KHODI

Sangat meminati genre lagu jazz dan R&B, Khodi atau nama sebenarnya Khodijah Kamarul Bahrin berumur 18 tahun, kini mengorak langkah untuk mencipta nama dalam bidang seni suara. Khodi yang juga merupakan anak jati Kuala Lumpur . 


Pendedahan mengenai ilmu bidang muzik yang diceburi ini turut mendapat sokongan kuat dari  keluarganya. Khodi juga merupakan penuntut jurusan Diploma Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).   Kini, beliau tampil dengan lagu terbaharunya berjudul "Ke Mana" feat. Razqa (Amsyar & Amzar) yang juga penulis lirik lagu berkenaan.

AISHA RETNO
AISHA RETNO

Mengharapkan "Mengikat Jiwa" mampu melonjak kan nama beliau, Aisha Retno mempertaruhkan lagu yang telah dicipta oleh Aldi Nada Permana yang menjalani sessi dirakam di Indonesia. Sebelum ini Aldi telah banyak menghasilkan lagu lagu untuk penyanyi popular seperti Afgan, Jaz Hayat, Andmesh dan ramai lagi.


Aisha Retno, adalah bintang muda yang namanya harus diingati mulai saat ini. Jika ada yang pernah mendengar nyanyiannya, pasti bersetuju bahawa pendatang baharu ini memiliki vokal tersendiri. Menerusi single sulung "Mengikat Jiwa", peminat bakal terpesona dengan lantunan suaranya yang sungguh gemersik. Mempunyai kelebihan vokal yang padu, nyanyian Aisha berbeza dan unik kerana nuansanya kedengaran begitu universal.


Showcase "3 Souls" anjuran Sony Music Entertainment Malaysia hari ini adalah bertujuan untuk persembahkan bakat mereka menyampaikan lagu secara 'live' dan membuktikan bahawa mereka ini benar benar berkemampuan dan mempunyai semangat yang tinggi dalam bidang nyanyian.



Kesemua lagu 'Ke Mana', 'Mengikat Jiwa' dan 'Tulus' boleh dimuat-turun di lTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Spotlfy, Dealer, JOOX Music, KKBox.