SEARCH & AWIE BERGABUNG MENJAYAKAN KONSERT APOLOGIA.
SEARCH dengan penyanyi Wings, Dato’ Awie bukanlah asing bagi peminat rock tanahair. Pada 1998, Awie pernah tampil untuk bersama Search melahirkan sebuah album projek istimewa berjudul Bikin Wilayah. Search ketika itu baru kehilangan penyanyinya, Amy yang berundur manakala Awie sudah empat tahun meninggalkan Wings.
Amir Shah Daud selaku penganjur (Imaginex) berkata " gabungan mantap ini yang pernah satu ketika dahulu bersama di atas satu pentas dan kini kembali selepas 22 tahun. Dato Awie dan Search akan menghangatkan serta mengubat kerinduan peminat-peminat yang pernah melaluinya dahulu.
Kali ini dalam persembahan Konsert Apologia yang bakal diadakan di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2020 jam 9 malam pastinya mengimbau kembali kenangan lagu lagu dari Album Bikin Wiayah serta lain lain lagu lagi.
Gabungan Awie bersama Allahyarham Yazit (dram), Din (gitar), Kid (gitar) dan Fauzi (bass) menjadikan album Bikin Wilayah antara yang terbaik. Ia turut memenangi kategori Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1999.
Bersama angota Search yang asal Nasir (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (dram), mereka bakal memberikan satu persembahan yang pastinya istimewa dan menggegar. Apatah lagi, Search sudah lama tidak muncul dalam mana-mana persembahan dan Awie pula cukup dikenali sebagai penghibur serba-boleh, pastinya Konsert Apologia ini dinanti-nanti peminat mereka. Yang pasti, mereka akan membawakan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan lagu popular Search dengan bunyian yang lebih segar, terkini dan mantap.
Sekian lama kumpulan SEARCH tidak muncul di pentas namun untuk tahun 2020 ini mereka akan mula membuat comeback dengan bermulanya projek khas SEARCH dan AWIE dalam Konsert APOLOGIA.
Dato Awie juga adalah penyanyi utama dalam siri konsert APOLOGIA ini adalah bagi menggantikan penyanyi utama Amy. Dimanakah vokalist utama SEARCH ? Menurut Yazid penyanyi utama SEARCH iaitu Amy yang kebetulan sibuk dengan kerjaya solo dan perniagaan yang diusahakan. Namun begitu pemilihian Dato Awie adalah kerana keserasian yang ada bersama Search.
Mereka juga akan mengadakan segmen khas sebagai penghargaan kepada bekas pemain dram Search, Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada 26 September 2019 lalu. Dalam segmen itu, Search dan Awie akan menyampaikan lagu Hello Kawan yang dipetik dari album ketujuh Search, Gema Di Timur Jauh.
Tiket untuk konsert anjuran Imaginex ini berharga RM299 (V IP) dan RM199 (Rock Zone). Setiap pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai t-shirt, CD dan poster dan CD serta poster untuk
pembelian tiket Rock Zone.
Maklum: mengenai tiket sila layari www.ilassotickets.com atau hubungi talian hotline +60321706333 .
Jangan lupa juga untuk mendapatkan Official merchandise daripada HOME OF CHAMPIONS semasa konsert nanti.








