KUALA LUMPUR, 20 FEB 2020, Pada Ogos 2019, secara rasminya Hotel Sri Petaling telah dijenamakan kepada Espira Sri Petaling. Penjenamaan baru Espira Sri Petaling ini bertujuan untuk memperkenalkan identiti korporat dan imej baru kepada komuniti, pelanggan dan syarikat korporat yang disasarkan. Espira Sri Petaling adalah salah sebuah hotel 3 bintang yang menyediakan 168 buah bilik hotel yang terdiri daripada Superior King/Twin, Family Standard, Family Superior, Family Deluxe, Junior Suite dan Executive Suite yang sesuai untuk urusan perniagaan dan penginapan.
Diurus sepenuhnya oleh Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai PNB Management Services Sdn Berhad) dan merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Espira Sri Petaling berlokasi di Bandar Baru Sri Petaling iaitu 2.7KM dari Stadium Nasional Bukit Jalil. Di Espira Sri Petaling, kami hanya menawarkan harga yang berpatutan dengan servis dan makanan yang cukup memuaskan.
Bagi akhir tahun 2019, Espira Sri Petaling telah memperkenalkan hampir 50 menu baru dengan harga yang berpatutan dan jaminan makanan yang berkualiti dan lazat untuk tetamu yang bakal berkunjung ke Espira Sri Petaling.
Bagi memulakan hidangan anda 'starter' salad, hidangan Caeser Salad dengan Salmon Salai (RM15) disediakan bagi menyegarkan diri sebelum bermula hidangan hebat yang lain di Dine Coffee House.
Daging Sirloin Panggang (RM35) dihidang bersama sos lada hitam, sayur yang ditumis bersama mentega, dan keledek goreng. NZ Lamb Chop Panggang (RM40) dipanggang segar dan lembut dan dihidangkan dengan sos lada hitam, sayur yang ditumis bersama mentega dan kentang goreng.
Yang pertama di Sekitar Sri Petaling, Kacang Pool (RM12) makanan yang popular di Negeri Johor dibawa khas kepada anda yang berkunjung ke Sri Petaling. Daging cincang yang dimasak bersama kacang panggang dan kacang parang dihidang bersama roti benggali dan telur goreng.
Beef Stroganoff (RM22), fettuccine yang dihidangkan bersama sos berkrim campuran daging cincang dan sayuran.
ESP juga ada menawarkan masakan cina seperti Mee Sup Wantan (RM18), sup yang dimasak bersama hirisan ayam dan udang dihidang bersama mee telur halus dan sayur.
Bagi pengemar ikan Salmon Bakar (RM38) turut dihidangkan bagi memuaskan pengemar ikan salmon. Ikan Salmon dibakar dengan mengekalkan kelembaban dan kelazatan.
Sajian istimewa yang menjadi signature di ESP iaitu Nasi Goreng Sri Petaling (RM20). Nasi yang digoreng sempurna dengan ramuan istimewa dihidang bersama sambal udang, ayam goreng dan acar sayur.
Sup Ekor yang lazat hanyalah berharga RM20 yang juga menjadi hidangan kegemaran ramai di mana ekor lembu direneh selama 2 jam menjadikan sup tersebut masak sempurna bersama sayur dan herba terpilih.
Cili Padi Chicken Chop (RM18). Berbeza dengan Chicken Chop yang ada di luar, kami menyediakan sos sendiri dengan campuran istimewa dan cili padi yang pasti sedap dan lebih pedas sesuai dengan selera yang gemar akan masakan pedas.
Untuk selera melayu, menu Daging Halia (RM15) pasti menambat hati pengunjung yang datang ke Dine Coffee House, ESP. Daging lembu yang ditumis sempurna dengan halia, daun bawang dan |ada benggala dan dihidang bersama nasi putih.
Tidak ketinggalan juga untuk kami memperkenalkan pencuci mulut yang ringkas dan pasti memikat selera anda iaitu Puding Roti dan Mentega (RM5). Puding roti yang dihidangkan panas panas bersama sos vanilla.
Ramai yang menyangka hidangan ini mencecah hampir ratusan ringgit. DI ESPIRA SRI PETALING kami menjanjikan kualiti yang terbaik setaraf dengan hotel bertaraf 5 Bintang.
kami menawarkan promosi hebat iaitu 'BUY 2 FREE 1' untuk semua ala carte menu dari jam 11.00 pagi hingga 10.30 malam. Anda hanya perlu like Facebook kami Espira Sri Petaling dan tebus promosi 'BUY 2 FREE 1' ( tertakluk kepada terma dan syarat ) .
Kunjungi kami di Dine Coffee House, Espira Sri Petaling yang beroperasi setiap hari dari jam 11.00pagi hingga 10.30malam dan memiliki sijil halal daripada JAKIM. Mari alaminya sendiri dengan lebih 80 jenis makanan dan minuman yang disediakan yang pasti menambat hati anda, keluarga dan rakan-rakan.
lawati facebook & Instagram Espira Sri Petaling di :-

























