SOSIAL MEDIA

18 February, 2020

HAZAMA TOMOK BLACK DAN AKIM GEGAR ISTANA BUDAYA

KONSERT 4G YANG MENGABUNGKAN 4 NAMA BESAR DALAM INDUSTRI SENI SUARA TANAHAIR TOMOK, BLACK, HAZAMA DAN AKIM BAKAL MENGEGARKAN ISTANA BUDAYA.

TOMOK HAZAMA BLACK AKIM



Sebuah konsert yang dinamakan Konsert 4G’s ini menampilkan 4 jejaka hebat iaitu Black, Hazama, Tomok dan Akim akan berpadu suara dengan satu slogan iaitu  'Gabungan Melodi Terindah', dimana mereka ini yang boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia, khususnya di Istana Budaya. 


Walaupun Tomok, Hazama, Akin dan Black memiliki lagu-lagu popular tersendiri yang pastinya sering menjadi nyanyian dan siulan peminat, namun di konsert  4G’s ini setiap mereka juga tidak dipersembahkan sebagai penyanyi solo sahaja  sebaliknya mereka akan berkolaborasi sebagai sebuah kumpulan yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu dendangan.





Black, Hazama, Tomok dan Akim kini bersedia untuk membuai emosi peminat dengan melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega. Tenaga, pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang bermain di hati peminat. Dari awal kemunculan mereka di bidang senisuara hinggalah membina portfolio sebagai penerus legasi seni yang menunjang kemas dalam gelanggang muzik tanah air.



“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing lagi dalam satu satu persembahan konsert namun ianya nya kini lebih fokus terhadap persembahan duet beramai ramai dan akan menyampaikan lagu-lagu 'hits' di beberapa era dari penghujung 70an hingga sekarang yang mana telah memberi inspirasi kepada setiap mereka dan menjadikan mereka seperti hari ini. Walau bagaimana pun mereka tetap akan membuat persembahan secara solo menyanyikan lagu lagu masing-masing.


"Untuk 4G's, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja," kata wakil Belbis Sdn Bhd. selaku penerbit/penganjur konsert.


Berpengalaman menganjurkan beberapa konsert terdahulu seperti Romansa Kris Dayanti, dan M. Nasir Sang Pencinta, pihak Belbis yakin pemilihan Black, Hazama, Tomok dan Akim untuk dua malam persembahan akan menjanjikan hiburan berbaloi dengan harga tiket yang dibayar penonton.



Aubrey Suwito selaku pengarah musik dan Pop Ochestra akan bergabung bersama pemuzik-pemuzik National Symphony Orchestra Istana Budaya pasti menambahkan kehebatan Konsert 4G’s ini nanti.







Sebagai kelainan yang dijangka menyuntik kesegaran bahkan menambahkan aura empat sekawan 4G's, Black, Hazama, Tomok dan Akim kini dalam proses menghasilkan sebuah single baharu.

Sesuatu yang jarang berlaku, single yang pertama kali menyatukan empat suara anak jantan industri muzik tempatan itu dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekaat dan lebih istimewa menjadi hiburan bonus buat penonton Konsert 4G's.

BLACKHAZAMA

TOMOKAKIM



Konsert yang akan  berlangsung pada 17 dan 18 April 2020 anjuran Belbis Sdn. Bhd. Konsert ini juga bakal menjadi agenda istimewa di dalam kalendar Visit Malaysia Year 2020.

Tiket-tiket berharga RM98, RM248, RM348, RM428 dan RM518 telah mula penjualannya pada 12 Disember 2019 menerusi www.airasiaredtix.com.

Penganjur turut menyediakan tempat duduk istimewa berharga RM988 setiap satu sebanyak 16 seat pada setiap malam persembahan.




Untuk pertanyaan dan sebarang informasi mengenai konsert 4G ini boleh hubungi pihak Mewah Event yang bertindak selaku AMP (Aida Hussin) menerusi talian +6012 2166873 atau Hotline: +6018 2488184