KUALA LUMPUR, 17 Februari 2020 -Tapi percayalah, Riot Fest yang dibawakan oleh Bro Empire Entertainment ini bakal menjadi rusuhan dan huru hara yang menyenangkan bagi pecinta muzik tanah air.
Mengambil semangat 'rusuhan' terhadap muzik lokal, Bro Empire Entertainment dengan bangganya mempersembahkan line up pemuzik yang semuanya padu. PEMANGKIN juga muncul sebagai penaja utama manakala Sir Hafiz Yusuf bertindak sebagai penaja bersama untuk Riot Fest ini.
Mengetengahkan dua (2) band tempatan yang punya pengaruh dan empayar tersendiri iaitu Hujan dan Bunkface, para penggemar sudah pasti tidak akan melepaskan Riot Festival yang direncanakan diadakan pada 4hb April 2020 di Maeps, Serdang.
Pemilihan Hujan dan Bunkface sebagai 'pemain utama' di Riot Fest adalah sebuah apreasiasi dan usaha mereka memartabatkan muzik generasi masakini yang mempunyai kualiti tersendiri.
Mengangkat tema Cyber Rock, isi dahaga anda dengan persembahan tiga (3) jam di antara Hujan dan Bunkface yang sememangnya punya rendisi Iagu bukan asing kepada peminatnya.
Bersama Hujan dan Bunkface, penganjur juga memastikan Riot Festival benar-benar merusuh
Mereka seakan band dan pemuzik berlainan genre namun punya magnet tersendiri untuk menghidupkan festival yang dijangka bermula seawal 4 petang sehingga tengah malam.
"Lewat karya mereka, Hujan dan Bunkface sudah membuktikan kepada penggemar bahawa mereka mempunyai kualiti yang harus terus dijaja, diperkenalkan kepada generasi generasi masa kini atau akan datang.
"Jadi kami di Bro Empire Entertainment begitu berbesar hati kerana dapat membawakan dua (2) band hebat ini di sebuah festival yang akan menjanjikan sebuah kepuasan luar biasa.
"Untuk 'menghuru harakan' Iagi keadaan, banyak deretan band lokal Iain yang akan ikut di Riot Fest ini," kata wakil Bro Empire.
Penggemar muzik Hip-Hop, jangan Iepaskan peluang menonton persembahan segar dari naib juara Juara Lagu 2020, Aman Ra.
Bagi yang merindukan Bittersweet, Plague of Happiness dan Salam Muzik, jangan Iepaskan hadir ke Riot Fest.
Tidak cukup itu, ikut menghebohkan rusuhan muzik ini adalah Toko Kilat, Iqbal M dan Gard Wuzgut, Operahaus, Fuze Band, Hacktick, Golden Mammoth dan Torque Six.
Tiket-tiket dengan harga Early Bird (pembelian awal) iaitu RM50, Normal (RM70), Riot Zone (RM90) dan V.I.P (RM150) boleh dibeli melalui platform http://proticket.com.my/riot-fest.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut pula boleh diperolehi dengan mengikuti sosial media Riot Fest iaitu @riotmy20 di Instagram dan Twitter serta @broempireent (Facebook Page).
Jangan lupa, Riot Fest akan menjadi rusuhan muzik paling mengujakan di tahun 2020 ini. Jumpa di Riot Festival guys!

