Kuala Lumpur, April 24, 2026 – Platform sukan tempur terkemuka dari Indonesia, BYON, terus mengukuhkan langkahnya di peringkat serantau dengan membawa acara unggulnya, BYON COMBAT SHOWBIZ 7, ke Malaysia buat pertama kali menerusi kerjasama strategik bersama penganjur tempatan, Kharisma Music International.
Acara ini dijadualkan berlangsung pada 25 April 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur, dengan sasaran kehadiran lebih 3,000 penonton. Penganjuran ini sekali gus menandakan “debut” antarabangsa BYON selepas mencipta kejayaan besar di Indonesia.
Sebagai platform sukan tempur 360 darjah, BYON komited dalam memperkasa bakat muda serta membangunkan ekosistem sukan tempur di rantau Asia. Siri BYON COMBAT SHOWBIZ merupakan acara “flagship” (utama) yang menggabungkan perlawanan bertaraf dunia merangkumi disiplin seperti tinju dan “kickstriking”, bersama elemen hiburan berskala besar.
Antara pencapaian utama termasuk lebih 536,000 pembelian Pay-Per-View (PPV) di platform Vidio bagi edisi terdahulu, selain meraih ratusan juta tontonan di platform digital, sekali gus membuktikan kekuatan jenama ini dalam kalangan peminat sukan tempur moden.
Edisi ketujuh ini akan menampilkan barisan petarung elit dari Malaysia dan Indonesia, dengan beberapa perlawanan berintensiti tinggi serta perebutan kejuaraan berprestij seperti ICB International Belt dan Byon Kickstriking Asia Title.
Tumpuan utama terarah kepada perlawanan ulangan antara Putra Abdullah dan Ronal Siahaan, yang sebelum ini berakhir dengan keputusan seri selepas lima pusingan sebelum dihentikan akibat kecederaan. Aksi “rematch” ini dijangka menjadi kemuncak acara apabila kedua-dua petarung bakal berentap bagi merebut Byon Kickstriking Asia Title pertama dalam
● Fahri Alamsyah vs Kabilan Jelevan – Aksi ulangan berprofil tinggi ini hadir dengan persaingan yang semakin memuncak. Fahri sebelum ini menewaskan Kabilan, namun Kabilan bangkit dengan kemenangan dominan dalam perlawanan seterusnya dan kembali mencabar Fahri. Aksi “rematch” ini dijangka berlangsung lebih sengit dengan kedua-dua petarung membawa momentum tersendiri.
● Nidal Mahmoud vs Adam Maulana – Perlawanan ini melibatkan perebutan ICB International Belt, dengan Nidal tampil sebagai juara bertahan. Adam pula hadir sebagai pencabar dengan misi peribadi untuk merampas gelaran tersebut, menjadikan ia pertembungan antara pengalaman juara dan semangat pencabar.
● Ammarul Shafiq vs Haris Sofyan – Juara IFMA Malaysia, Ammarul, bakal berdepan Haris dari Indonesia dalam pertembungan berintensiti tinggi. Ammarul dikenali dengan serangan “headkick”, manakala Haris memiliki reputasi kemenangan KO awal, sekali gus menjanjikan aksi pantas dan agresif.
● Winona Karamoy vs Emmabel Cassandra – Pertarungan wanita ini menemukan Winona, petinju Indonesia dengan rekod tanpa kalah, menentang Emmabel, atlet Muay Thai Malaysia berpengalaman. Pertembungan ini dijangka menampilkan perbezaan gaya dan teknik dalam gelanggang tinju.
Selari dengan identiti “showbiz”, BYON COMBAT SHOWBIZ 7 bukan sekadar aksi di gelanggang, tetapi turut menjanjikan pengalaman hiburan menyeluruh iaitu daripada produksi visual bertaraf antarabangsa hingga ke aktiviti interaktif bersama peminat.
Antara pengisian menjelang acara termasuk sidang media rasmi, sesi “face-off”, “weigh-in” serta pelbagai aktiviti promosi yang akan meningkatkan keterujaan peminat.
“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan BYON dalam membawa BYON COMBAT SHOWBIZ 7 ke Malaysia. Ini bukan sekadar acara sukan tempur, tetapi satu pengalaman hiburan bertaraf antarabangsa yang bakal membuka mata peminat tempatan terhadap evolusi baharu dalam industri ini.”
“Malaysia mempunyai komuniti peminat sukan tempur yang semakin berkembang, dan kami percaya acara ini akan menjadi platform penting untuk merapatkan jurang antara atlet serantau serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi acara sukan bertaraf global.”
Kemasukan BYON ke pasaran Malaysia bukan sahaja memperluaskan jenama tersebut ke peringkat antarabangsa, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri sukan tempur tempatan.
Dengan gabungan aksi kompetitif bertaraf tinggi dan elemen hiburan moden, BYON COMBAT SHOWBIZ 7 dijangka muncul sebagai antara acara paling dinanti-nantikan tahun ini.
Sebagai rakan OTT rasmi, Vidio terus memainkan peranan penting dalam membawakan kandungan sukan tempur premium kepada audiens yang lebih luas di seluruh Indonesia, Malaysia dan pasaran antarabangsa lain menerusi perkhidmatan PPV-nya.
Menurut En. Dhini W. Prayogo, Naib Presiden Kanan Perolehan Kandungan & Kerjasama Vidio:
“Kami berbangga untuk terus menyokong perjalanan perkembangan BYON serta pengembangan antarabangsa pertamanya ke Malaysia menerusi penstriman PPV eksklusif di Vidio. Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk terus meneroka format hiburan sukan premium dan menyampaikan pengalaman tontonan terbaik kepada peminat sukan tempur di seluruh rantau ini. BYON COMBAT SHOWBIZ 7 turut mengukuhkan kedudukan Vidio sebagai destinasi utama bagi kandungan sukan tempur bertaraf dunia.”
Tiket kini boleh didapati secara dalam talian di tixr.com dengan harga bermula dari RM75 hingga RM650, manakala pilihan Pay-Per-View (PPV) turut ditawarkan melalui Vidio bagi peminat yang ingin menonton secara digital.
Butiran PPV:
● Indonesia : Rp 59,000
● Malaysia : RM 17
● Other countries : USD 6
Pembelian PPV hanya boleh dibuat secara eksklusif di Vidio.
Mengenai BYON
BYON Combat merupakan platform sukan tempur 360 darjah terkemuka di Indonesia, ditubuhkan dengan visi untuk membawa sukan tempur Indonesia ke pentas antarabangsa. Sebagai platform yang menyokong perkembangan atlet dan pempengaruh dalam industri ini, BYON Combat telah berjaya mencipta momentum yang signifikan dalam arena sukan tempur tempatan. Sehingga kini, platform ini telah menganjurkan enam acara utama BYON Combat Showbiz, yang berjaya meraih jutaan tontonan melalui siaran percuma di YouTube serta penstriman berbayar (pay-per-view) di Vidio, sekali gus meletakkannya sebagai salah satu platform sukan tempur paling berpengaruh di Indonesia.
Mengenai Vidio
Vidio ialah platform OTT terkemuka di Indonesia yang menawarkan kandungan berkualiti tinggi bilabila masa dan di mana sahaja — daripada sukan bertaraf dunia dan penstriman TV langsung hingga ke kandungan berlesen serta siri eksklusif Vidio Original. Selama lebih sedekad, Vidio melangkaui hiburan dengan mencipta jalinan emosi dan pengalaman bersama buat penonton di seluruh negara. Vidio menyiarkan lebih daripada 70 pertandingan sukan global dan tempatan, termasuk FIFA World Cup, Olympic Games, Premier League, UEFA Champions League, Formula 1, MotoGP, Wimbledon, serta sukan tempur. Sebagai penyiar rasmi acara sukan berbilang jenis utama seperti Tokyo 2020 Olympics dan Asian Games 2018, Vidio terus menyampaikan pengalaman sukan yang melangkaui sekadar menang atau kalah.
















