KUALA LUMPUR, 12 FEBRUARI 2026: Menyedari kekecewaan peminat di Sabah apabila konsert mereka yang dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu pada 2024 tidak menjadi kenyataan, Wali Band kini kembali dengan azam baharu untuk menebus momen yang tertangguh itu.
Wali Band yang dianggotai Faank selaku vokalis, Apoy (gitar), Tomi (dram) dan Ovie (papan kekunci) akan kembali beraksi di KONSERT WALI LIVE IN KOTA KINABALU anjuran 25th Studio & Infinity Love Creative Ventures yang bakal berlangsung di SICC Kota Kinabalu, Sabah pada 12 April 2026 ini.
Vokalis Wali Band, Faank berkata, mereka sedar ramai peminat di Sabah kecewa apabila konsert yang sepatutnya mereka jayakan di Kota Kinabalu pada 2024 tidak menjadi kenyataan.
“Kami turut merasakan kekecewaan itu. Namun, apa yang berlaku ketika itu berada di luar kawalan kami dan kami sendiri tidak mengetahui punca konsert tersebut tidak dapat direalisasikan.
“Apabila menerima tawaran daripada pihak penganjur, 25th Studio & Infinity Love Creative Ventures, untuk menjayakan konsert di Kota Kinabalu, kami melihatnya sebagai peluang terbaik untuk menebus kembali kekecewaan peminat,” jelasnya,
Menurut Faank lagi, dia juga menyedari mungkin ada peminat di Sabah yang tidak percaya atau berasa was-was apabila mendapat tahu mengenai perkhabaran konsert mereka ini.
“Apa yang boleh kami katakan, tunggu sahaja kehadiran kami nanti. Kami tidak sabar untuk beraksi di hadapan kalian semua,” katanya lagi.
Tiket Konsert Wali Live in Kota Kinabalu akan mula dijual pada 12 Februari 2026 pada harga RM688 - Cari Jodoh (VIP), RM488 - Yank (Gold), RM288 - Baik Baik Sayang dan RM98 - Nenekku Pahlawanku.
Tiket boleh dibeli menerusi pautan: www.ilassotickets.com. Layari media sosial rasmi @konsertwalikembali2026 di platform TikTok dan Instagram untuk sebarang info terkini.
Konsert ini juga mendapat sokongan daripada Era FM Sabah dan Era Sarawak selaku radio rasmi, manakala Astro Gempak selaku portal rasmi.
Tiket boleh dibeli menerusi pautan: www.ilassotickets .com. Layari media sosial rasmi @konsertwalikembali2026 di platform TikTok dan Instagram untuk sebarang info terkini.
Konsert ini juga mendapat sokongan daripada Era FM selaku radio rasmi dan Astro Gempak selaku portal rasmi.
Ya! Wali Band yang dianggotai Faank selaku vokalis, Apoy (gitar), Tomi (dram) dan Ovie (papan kekunci) akan kembali beraksi di Malaysia menerusi konsert solo mereka di dua lokasi iaitu Konsert Wali Live in Kota Kinabalu SICC Kota Kinabalu, Sabah pada 12 April 2026, disusuli dengan Konsert Wali Kembali di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2026.
Vokalis Wali Band, Faank berkata, mereka menyedari ramai peminat berasa kecewa kerana tidak berpeluang menikmati sepenuhnya beberapa lagu hit kumpulan itu ketika konsert di Kuala Lumpur awal tahun ini.
“Kami memahami perasaan peminat kami di Malaysia. Atas sebab itu, kami mahu kembali menebus kekecewaan mereka menerusi konsert solo kami sendiri.
“Apa yang berlaku sebelum ini tidak mematahkan semangat kami untuk kembali beraksi di Malaysia. Malah, ia membuatkan kami lebih bersemangat untuk menghiburkan peminat.
“Bahkan, kami juga bakal tampil dengan repertoir yang lebih padat dan menarik agar peminat benarbenar terhibur serta memperoleh kepuasan maksimum melalui persembahan kami di kedua-dua konsert solo ini nanti,” katanya.
Dianjurkan bersama 25th Studio & Infinity Love Creative Ventures, konsert Wali Live in Kota Kinabalu akan mula dijual pada 12 Februari 2026 pada harga RM688 - Cari Jodoh (VIP), RM488 - Yank (Gold), RM288 - Baik Baik Sayang dan RM98 - Nenekku Pahlawanku.
Manakala jualan tiket Konsert Wali Kembali di Kuala Lumpur anjuran GIS Entertainment & Event bersama Infinity Love Creative Ventures akan bermula pada 14 Februari 2026 dengan harga RM777 (VIP), RM327 (CAT2), RM137 (GA), RM237 (CAT3) RM177 (CAT4), RM157 (CAT5), RM127 (CAT6) dan RM77 (CAT7).
Tiket boleh dibeli menerusi pautan: www.ilassotickets.com. Layari media sosial rasmi @konsertwalikembali2026 di platform TikTok dan Instagram untuk sebarang info terkini.
Konsert ini juga mendapat sokongan daripada Era FM selaku radio rasmi dan Astro Gempak selaku portal rasmi.


