SOSIAL MEDIA

13 February, 2024

'SELERA WARISAN' SEPANJANG RAMADAN DI IDEAS HOTEL MENJANJIKAN MASAKAN MENYELERAKAN


Kehadiran bulan Ramadan yang tidak lama lagi juadah berbuka puasa pastinya menjadi permintaan yang tinggi sekiranya terjamin kepuasan.

IDEAS Hotel bersedia untuk menyambut tetamu bagi menikmati sajian dan penginapan bersama dengan orang tersayang. IDEAS Hotel turut akan menawarkan pakej pakej menarik bagi sajian buffet ramadan serta penginapan yang akan memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan.

IDEAS Hotel akan menyajikan buffet Ramadan “SELERA WARISAN”, bermula dari 14hb Mac hingga 9hb April 2024. Setiap hidangan yang disediakan pasti akan mengembalikan nostalgia resipi turun temurun oleh chef yang terlatih dan hebat.


Di sajikan dengan pelbagai jenis masakan dan minum sejuk serta panas akan membuat setiap yang datang berbuka akan menjadi sukar untuk memilih yang mana satu makan hendak diambil.





Menu istimewa “Asam Pedas Tulang rawan” dan “Rendang Itik” yang telah disediakan oleh Chef Eksekutif IDEAS hotel. Selain dua menu istimewa tersebut menu lainya adalah Laksa Nyonya, Sup Berempah, Dum Sum, Pasta, Pizza, Nasi Ayam, Kuew Teaw, lauk lauk campur dan banyak lagi. Bukan Buffet Ramadan lah jika tiada kambing golek yang diperap dengan sempurna dan disajikan bersama coleslaw dan sos pilihan.







Bagi pembuka selera seperti salad, kuih muih tradisi dan kerabu. Setelah selesai menu berat semestinya harus ada Pencuci mulut seperti bubur kacang, butter bread pudding, buah buahan dan banyak lagi. Tidak dilupakan juga air balang turut disediakan selain kopi dan teh tarik.




IDEAS hotel semestinya memiliki Chef Eksekutif yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang masakan setiap menu dan resepi dijaga rapi bagi menjaga mutu dan kepuasan pelanggan yang datng untuk menjamu selera di sana.

Selain juadah berbuka puasa surau juga ada di tingkat 1, dan dewan juadah buffert terletak di tingkat 3 di dewan Batu Road Ballroom & Pool Side Bistro.

Harga istimewa bagi sesiapa yang membuat pembelian awal, Jualan telah dibuka pada 24 Januari sehingga 13 Mac 2024.



untuk tempahan bolehlah hubungi nombor yang tertera di bawah:-
016 712 9546 | 03 2614 8010 | Email: rsvn.fnb@ideaskl.com