KUALA LUMPUR, Oktober 2023 - Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa, yang dianjurkan oleh Bkay Nair Resources (BNR), berakhir dengan kemuncak yang spektakuler pada 14 Oktober 2023 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Acara ini, yang berlangsung selama beberapa hari, yang telah menghimpunkan peminat fesyen, artis, dan penggemar budaya dalam usaha untuk meraikan warisan Malaysia.
Acara ini telah dimulakan dengan bengkel pendidkan yang mendalam pada 7 dan 8 Oktober 2023. Semasa bengkel-bengkel berlangsung, peserta berpeluang untuk menjelajahi Sejarah dan kepentingan Batik oleh Encik Munir Yahya dari Dimu Design dan Songket oleh Puan Siti Hajar, CEO Songket Republik di lokasi yang disediakan oleh International Academy of Fashion and Design (IFTC). Peserta dibimbing melalui sesi maklumat di mana mereka mempelajari tentang teknik-teknik yang terlibat dalam mencipta tekstil Malaysia yang ikonik ini. Melalui bengkel- bengkel ini, peserta berpeluang untuk mendapatkan wawasan mengenai penggunaan pewarna semulajadi dan warna, mempromosikan kelestarian dan kesedaran ekologi.
Pada kemuncak besar ini, ia menampilkan pertunjukan feksyen yang memukau yang menggabungkan tekstil tradisional Malaysia dengan rekaan fesyen kontemporari yang diinspirasi oleh Saree. Ia merupakan satu persembahan warna-warna yang unik, corak yang rumit, dan kemahiran yang amat tinggi, di mana 44 model mempersembahkan sejumlah 77 penampilan yang menakjubkan, hasil rekaan daripada 11 pereka yang diinspirasikan oleh pelbagai budaya Malaysia.
Pereka feksyen ini terdiri daripada 7 pereka yang berpengalaman iaitu Norina Abdul, Munir Yahya, Linda Isa, Kesheen Ragunathan, Yani Baktiar, Zandra, dan Kalai,
Dan termasuk 4 pelajar pereka feksyen daripada International Academy of Fashion and Design (IFTC) iaitu Tan Ruo Qian, Priyashalini Eswaran, Naresh Yempati dan Lia Mysara.
Saree Malaysia, yang dihasilkan dengan teliti daripada Batik, Songket, dan Sutera Malaysia, menjadi lambang yang mendalam terhadap warisan budaya Malaysia. Ciptaan ini tidak hanya mencerminkan sejarah dan tradisi yang kaya negara ini, tetapi juga berperanan sebagai medium ekspresi seni.
Acara ini bertujuan untuk mengekalkan dan mempromosikan warisan budaya Malaysia melalui bengkel dan pertunjukan fesyen sebagai penutup acara. Ia antara usaha untuk mencipta platform bagi pereka fesyen untuk memamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden. Ia juga bertujuan untuk menarik penonton pelbagai lapisan, termasuk peminat fesyen, artis, pereka, pelancong, dan orang awam, untuk mempromosikan pertukaran budaya, menyokong artis tempatan, dan mendorong penglibatan komuniti.
Selain itu, Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa bukan sahaja untuk mempromosikan kelestarian budaya tetapi juga mempekasakan artis tempatan, pereka, dan penenun. Melalui acara Anugerah Pengiktirafan Pereka yang berlangsung pada hari kemuncak acara untuk mengangkat individu berbakat ini dan menyokong kelestarian kraftangan tradisional.
Anugerah ini terdiri daripada tiga kategori:
• Anugerah Pereka Paling Kreatif: Meraikan Pereka Senior yang Paling Imaginatif, dimenangi oleh Kesheen Ragunathan
• Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia: Mengiktiraf Pereka Senior dengan Rekaan Warisan Malaysia Terbaik Warisan Malaysia Terbaik, dimenangi oleh Munir Yahya
"Pertunjukan Fesyen ini bukan hanya tentang fesyen tetapi ia adalah satu refleksi mendalam identiti budaya kami, sebuah gerakan budaya, satu bukti semangat kekreatifan yang berterusan, dan demi memeberi penghargaan kepada artis yang menenun kepelbagaian warisan kami," kata Bkay Nair, Pengarah Bkay Nair Resources.
"Melalui acara ini, kami berharap membawa keunikan warisan kami kepada UNESCO. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk menerangi harta seni dan budaya negara kita di peringkat global, dan juga mempersembahkan kepada ibu kota fesyen terkenal seperti Paris dan seluruh Eropah. Kami bertujuan untuk memulakan perbincangan antarabangsa yang menonjolkan keunikan tekstil Malaysia, memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap warisan kami yang kaya di peringkat global," Bkay menyimpulkan.
Hasrat untuk mempersembahkan ciptaan ini kepada UNESCO melambangkan usaha untuk mengangkat warisan budaya Malaysia ke peringkat global. Inisiatif ini menekankan kepentingan tradisi sambil menghormati kekayaan kreativiti Malaysia. Dalam setiap benang dan corak, identiti Malaysia bersinar - sebagai penghormatan kepada masa lalu, budayanya, dan semangat seni yang berkekalan.
Keseluruhannya, penciptaan saree Malaysia oleh Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa adalah lebih daripada usaha seni - ia adalah naratif kesinambungan budaya, kecerdasan kreatif, dan keanggunan yang kekal. Acara ini lebih daripada satu persembahan; ia adalah perjalanan mendalam yang menggabungkan tradisi, inovasi, dan bahasa fesyen yang universal.
Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) dan Tourism Malaysia serta pelbagai rakan kerjasama termasuk Aston Martin, SkyBlue Media, Kolej Universiti Berjaya, dan banyak lagi.
Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa
Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa ialah acara yang dijalankan selama tiga hari. Ia didedikasikan untuk meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia dan memelihara kraf tradisionalnya sambil menggabungkannya dengan fesyen kontemporari yang kemudian dia diispirasikan oleh Saree. Dengan bengkel yang menarik dan pertunjukan fesyen yang hebat, acara ini bertujuan untuk memperkasakan artis tempatan, mempromosikan kepelbagaian budaya Malaysia di pentas global, dan membawa warisan unik negara kepada seluruh dunia. Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa menjanjikan pengalaman seni, tradisi dan inovasi yang tiada tandingan, semuanya dengan matlamat untuk memelihara dan berkongsi warisan budaya Malaysia kepada dunia.
Bkay Nair Resources (BNR)
Bkay Nair Resources (BNR) ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Cik Bkay Nair, sebuah syarikat yang menjalankan latihan kemahiran insaniah, kemahiran teknikal, latihan berkaitan IT, kemahiran keusahawanan, penjenamaan, pembinaan pasukan dan pengurusan acara. BNR telah menganjurkan pelbagai acara pada masa lalu seperti “Miss Saree Malaysia 2019”, “Miss Saree Malaysia 2021”, “Women of Essence Leadership Series 2019 - 2021”, dan Kem Penjenamaan Keusahawanan 2020 dan lain-lain. Cik Bkay Nair ialah graduan Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia, LLB(HONS) mengasaskan Bkay Nair Resources.
Beliau terlibat secara aktif dalam persada hiburan tempatan dan turut muncul dalam filem Ratu dan Banglo99. Beliau adalah Ratu Cantik dan usahawan yang cemerlang dan teladan yang dianugerahkan sebagai salah seorang Wanita Berjaya Dunia 2017 oleh The Phoenix Awards.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Cik Bkay Nair
Pengarah Fesyen Warisan Navarasa
E-mel: bkaynair@gmail.com
Tel: +60 16-232 9365


















