SOSIAL MEDIA

19 January, 2023

HANYA YANG TERBAIK '25 YEARS LAH AHMAD LIVE IN CONCERT '


Sudah pasti bagi yang mengenali Lah Ahmad tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk bersama dalam konsert yang bakal diadakan tidak lama lagi. 25 Years Lah Ahmad Live In Concert – adalah sebuah konsert yang sangat diidamkan beliau setelah 25 tahun menceburi dalam bidang industri seni muzik tanah air. 

Pada tahun 2018, Lah Ahmad telah berjaya mengadakan showcase pertama beliau di mana  sambutan peminat amat mengalak di luar jangkaan. Konsert ini akan menampilkan hampir 20 buah lagu sepanjang perjalanan karier beliau. Baik lagu lama dan juga lagu baru dari album album beliau. 


Penampilan istimewa daripada kumpulan Nasyid Inteam juga akan berada di pentas untuk bersama sama memeriahkan lagi konsert ini. Inteam yang pernah bersama sama dengan Lah Ahmad dalam membina kembali kekuatan dan kestabilan diri. 

Selain daripada itu, konsert pertama ini akan menampilkan dan meraikan album ke – 4beliau yang bertajuk ‘Jatuh’. Konsert ini pasti akan membawa peminatnya menikmati impian beliau yang ingin menjayakan konsert julung kalinya, perjalanan kerjayanya dan menjiwai seni suara dan lagunya.


Konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di PJPac yang bakal diadakan pada 28hb dan 29hb Januari 2023 diterajui bersama pemusik pemusik hebat iaitu Syawal Hussin selaku muzik director bersamaahli muzik seperti Don (gitar), Khazri (gitar ), Wan (drum), Amai (Bass), Mirzan (keyboard) dan Ude Sitar (Programmer).

25 Years Lah Ahmad Live In Concert di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama E .
Sempuarna & Terbaik – RM330 (Meet & Greet + Jatuh Album)
Ayu – RM190
Adinda– RM120.