MYFRIENDFM sebuah radio secara online telah meraikan ulang tahun yang pertama. Pengurusan Myfriendfm telah mengadakan satu majlis kecil-kecilan yang membabitkan penyampai penyampai di konti radio . Barisan artis turut hadir sama bagi memeriahkan majlis antaranya Shafie Rio, Bard EYE, Anjang Terra Rossa serta beberapa kumpulan Buskers. Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Anjang.
Di Myfriendfm turut membariskan penyampai radio seperti DJ Pool, Jamal Jay Jamaluddin, Charl Tazen, Iera Yusoff, Teha Sukor bersama segmen segmen penyampaian mereka.
Penyampai Charl Tazen yang mengendalikan segmen Apa Khabar/ Cakap Sukan/ Bintang Malam Ini/ Kisah Orang Mati pada setiap Isnin, jam 9 malam hingga 11 malam.
Penyampai Pool pula mengendalikan segmen Rock Track pada jam 12 tengah malam sehingga 3 pagi. Dia juga mengendalikan segmen Geng Buskers pada setiap Selasa bermula jam 9 malam sehingga 12 malam.
Jamal Jay Jamaluddin pula tampil dengan segmen Cetusan Hati Dan Dedikasi pada setiap Rabu, pada jam 11 malam sehingga 3 pagi. Setiap Khamis pula, dia mengendalikan segmen Borak Santai Bersama Artis Retro pada jam 11 malam 3 pagi.
Penyampai Iera Yusoff pula tampil dengan segmen Cerita Kita pada jam 4 petang hingga 7 malam setiap Khamis. Dia juga terbabit dengan segmen Promo Niaga pada jam 4 petang hingga 7 malam pada setiap Jumaat.
Penyampai Teha Sukor pula mengendalikan segmen: Lagu Baru Artis Otai / Teka lagu / Karaoke pada jam 9 malam hingga 12 malam pada Jumaat.
Jamal Jay Jamaluddin yang telah menyertai MyFriendFM ini sejak Mac lalu berkata, tawaran diberikan pengurusan kerana mereka memerlukan seorang yang lama, dikenali ramai dan boleh membimbing penyampai sedia ada.
Masa yang diambil mereka selama 3 bulan untuk memujuk saya menyertai keluarga mereka . Bulan Mei lalu, saya beri cadangan pada mereka supaya jadikan konsep radio ini 100 peratus retro. Kalau lihat, di luar sana banyak stesen mainkan banyak lagu baru. Saya cakap dengan pengurusan supaya jadikan Myfriendfm umpama Sinar tahun pertama dan kelima yang tak mainkan lagu baru. Itu yang buat Sinar jadi stesen nombor satu pada 2010.
Di stesen ini pun saya telah mengunakan formula yang sama sebab selama 15 tahun setiap malam begitu. Kelebihan diberikan adalah bebas, tiada protokol yang harus diikuti yang penting putar lagu retro sahaja. Walaupon sekiranya ada lagu baru tapi disampaikan oleh penyanyi retro, semuanya dibenarkan. " katanya.
Bagi DJ Pool atau nama sebenarnya Syaiful Bahrim Ahmad Dolbar yang pernah bergelar penyampai radio KLfm dan pengacara Galaksi TV9. "Mulanya saya rasa malas tapi bila fikirkan bidang ini dah sebati dalam diri memang tak boleh mengelak. Mengapa tak teruskan selagi boleh. Saya lebih fikirkan sumbangan saya kepada masyarakat. Kepuasannya di situ. Bila pegang pada itu saya rasa selesa bila buat kerja penyampai radio, berlakon,menulis skrip dan pengarahan. Saya cuba keluar dari kebiasaan radio utama. Disinilah pendengar boleh dengar lagu dengan bebas. Tapi saya tetap jaga etika dan tak lari terlalu jauh," katanya yang pernah menang Anugerah Penyiar Versatil Terbaik menerusi Anugerah Seri Angkasa 2005.
Myfriendfm bersiaran menerusi website http://myfriend.fm, di aplikasi Playstore myfriendfm, http://tiktok.com/@myfriendfmofficial dan juga di laman Facebook Myfriend.FM https://www.facebook.com/cmfbapakkufm



