SOSIAL MEDIA

06 November, 2022

KONSERT GIGI 'NAKAL' PANAS, PANAS, PANAS


Konsert Gigi 'Nakal' Di Kuala Lumpur telah berlangsung di Zepp KL pada 5 November ( sabtu ) dengan kehadiran peminat melebihi 2000 orang, sekali pun Malaysia sedang sibuk dengan PRU15 namun kemeriahan konsert tetap berlansung.




Kumpulan Gigi dianggotai Armand Maulana selaku vokalis, Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) telah memainkan sebanyak 22 lagu tanpa henti.


Semasa konsert vokalis Armand Maulana telah memohon maaf kepada peminat mereka kerana pada ketika itu dia dalam keadaan yang tidak sihat. Di sebabkan semangat peminat peminat mereka yang telah hadir memberikan kekuatan padanya untuk memberikan persembahan yang terbaik.






Antara lagu lagu yang disampaikan pada malam konsert seperti Terbang , Damaikan cinta, my facebook, bumi meringis, pintu sorga, djomblo, nakal dan banyak lagi .

Konsert Gigi Nakal Di Kuala Lumpur telah dianjukan oleh Tanjak Global dengan kerjasama Yolo Malaysia.