SOSIAL MEDIA

03 November, 2022

KEJAYAAN 4 JUTA TONTONAN DI YOUTUBE DALAM MASA 3 MINGGU "SAYUNK I LOVE YOU" CHOMBI SANGAT TERUJA


PENYANYI baharu Chombi meluahkan rasa teruja apabila single terbaharunya nyanyiannya berjudul Sayunk I Love You mendapat hampir empat juta tontonan setakat ini.

Ujar Chombi atau nama sebenar Siti Maryam, 15, lagu Sayunk I Love You membawa jalan cerita tentang kisah cemburu buta antara pasangan yang sedang hangat bercinta. penglibatnya dalam bidang nyanyian adalah secara kebetulan apabila bapanya Harry Khalifah atau Apak menawarkan untuk merakamkan semula lagu lama Rindu-Rindu.

“Sayunk I Love You mengisahkan seorang teman wanita yang cemburu buta teman lelakinya. Semuanya bermula apabila si dara terlihat teman lelakinya bersama tiga lagi wanita jelita yang tidak dikenali. Lantas dia merasa dirinya dicurangi tanpa menyedari hubungan sebenar antara mereka,” jelas Chombi.


Dalam pada itu, Chombi yang juga merupakan anak gadis kepada kepada komposer serta penyanyi Apak Harry Khalifah tidak menyangka Sayunk I Love You mendapat sambutan luar biasa biarpun baru sahaja beberapa minggu dilancarkan.

Lebih membanggakan, lagu ciptaan bapanya dan lirik oleh Ajim Maze ini sedang menduduki carta trending nombor dua di laman Youtube dan memecah dominasi di pelbagai laman sosial lain.

“Masa awal lancarkan lagu ini saya rasa kurang yakin dan langsung tak berharap tentang sambutan pendengar.Tapi tak sangka pula sekarang dah berjaya menduduki carta teratas di pelbagai platform,” kata Chombi lagi.


Chombi sebelum ini pernah tular dengan lagu Rindu-Rindu yang berjaya mendapat hampir 6 juta tontonan di Youtube.