SOSIAL MEDIA

21 May, 2022

KONSERT SOLO 35 YEARS JOURNEY HATTAN


Hattan bakal tampil dengan konsert berskala besar iaitu Hattan - 35 Years Journey pada 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre walaupon berhadapan dengan beberapa konsert yang juga bakal berlangsung pada 2 tarikh yang sama.

Hattan bakal mempersembahkan 26 lagu termasuk lagu hits seperti Memburu Rindu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Mahligai Syahdu, Meniti Perjalanan, Berikan Nurbisa, Hitam Bukan Impian, Biso Bonar, Sambar Apa Saja, Dia, Gadis Jolobu dan lain-lain. Kemungkinan akan ada kejutan pada persembahan konsert itu nanti.

“Ini bukan sekadar konsert saja, tetapi mengandungi penceritaan. Dari segi kerjaya itu berkembang, bagaimana lagu ini tercipta dan kenapa lirik itu terjadi. Ia akan saya ceritakan sepanjang konsert itu nanti.


“Saya memiliki puluhan lagu hits dan kebanyakannya akan saya nyanyikan nanti, namun ada juga akan disampaikan secara medley. Tapi untuk lagu yang betul-betul popular sudah pasti saya menyanyikan keseluruhannya,” katanya.

Dalam konsert ini, Hattan akan diiringi pemuzik hebat dan berpengalaman pemain keyboard, Rozario yang turut bertindak sebagai Pengarah Muzik, Nan (gitar), Ritz (gitar), Ujang (dram), Fly (bass), Firdaus (keyboard) dan Pa’ang (perkusi).

Selain itu, Hattan turut mengundang pemain seruling, Mohar yang akan mengiringinya dalam beberapa lagu.



Walaupon sekarang dalam fasa endamik namum persiapan konsert, Hattan berkata, dia tidak bimbang kerana kerap mengadakan latihan selain menjaga kesihatan.

“Sebagai penyanyi, latihan atau praktis itu amat penting. Kena menyanyi dengan penuh jiwa dan tak boleh lupa lirik. Alhamdulillah, sejak pelonggaran SOP Covid-19, hampir setiap minggu saya mendapat tawaran persembahan. Itu juga satu latihan yang baik,” katanya.


Konsert ini juga akan mengetengahkan segmen mentor khusus buat Datuk M Nasir di mana Hattan akan menyanyikan lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan komposer legenda itu.

Tiket untuk menyaksikan konsert anjuran MEM yang disokong West Ipoh Span Expressway (WISE) ini boleh dibeli di laman web https://ilassotickets.com/event/hattan-35-years-journey/ dengan harga RM188 (upper tier), RM388 (silver), RM488 (gold), RM788 (diamond) dan RM988 (platinum).