SOSIAL MEDIA

23 May, 2022

HETTY KOES ENDANG BAKAL MENGADAKAN KONSERT JUBLI EMAS PADA OGOS INI


Kuala Lumpur, Malaysia - Jika disenaraikan Tanggal 27 Ogos 2022, bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Hetty Koes Endang bakal menjayakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang. Konsert yang berkonsepkan makan malam ini dianjurkan sepenuhnya oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd.

Konsert ini begitu bermakna buat bunda kerana ia merupakan perayaan Jubli Emas, 50 tahun bunda berkarya dalam industri muzik sebagai penyanyi dan penghibur. Mengikut perancangan awal, sepatutnya konsert ini bakal diadakan pada tahun 2020. Namun semua maklum akan keadaan semasa berikut pelaksanaan perintah kawalan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid 19, menyebabkan ianya tertangguh. Hinggalah tahun 2022 konsert Jubli Emas ini akanterlaksana.


Konsert berkonsepkan makan malam ini akan berdurasi selama 120 minit yang bakal menyaksikan bunda mendendangkan sekitar 15 buah lagu hit dan beberapa buah lagu khas tribute buat komposer dan penyanyi legenda seperti Broery dan Datuk Ahmad Nawab.

Sekali lagi, bunda bekerjasama bersama Dato Ramli MS sebagai pengarah muzik pada konsert itu nanti serta diiringi pemuzik-pemuzik professional tanahair. ‘Muzik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik’, ujar Bunda.

Bagi yang ingin menyaksikan konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini, bolehlah mendapatkan tiket-tiket dari tiket agen ilassoticket.com atau oleh menghubungi terus penganjur di talian 012 466 7299




Tiket bermula dari RM11,700 – VVIP (Table for 6 pax)

RM8,700 – VIP (Table for 6 pax)

RM6,640 – PLATINUM (Table for 8 pax)

RM4,560 – GOLD (Table for 8 pax)

ATAU VVIP RM1190 (per pax)

VIP RM1450 (per pax)

PLATINUM 830 (per pax)

GOLD 570 ( per pax)

Untuk pembelian meja bole lah menghubungi /waapp Kadir 0129858809, Mia -0124667299

Fendy – 0192299717 .