Kumpulan Rock Nusantara, Pitahati, telah muncul dengan sebuah lagu sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Lagu dan liriknya telah ditulis oleh Pitahati sendiri.
Menurut Ilham juga “perkara ini adalah sesuatu yang telah kian lama kian hilang dalam masyarakat Islam zaman sekarang, di mana kebanyakan orang hanya melihat Hari Raya itu sebagai sebuah perayaan dan bukan sebagai sesuatu yang melambangkan kemenangan insan dalam memerangi hawa nafsu dan sifat-sifat keduniaan.
Untuk menyampaikan mood dan jiwa yang terdapat pada lirik, Pitahati telah mengambil unsur-unsur lagu-lagu kerakyatan Melayu lama untuk menghadirkan perasaan nostalgia kepada pendengar, satu perasaan yang sering dialami orang apabila menyambut Hari Raya.
Pitahati bakal melancarkan sebuah kolaborasi antara mereka dengan Ito, penyanyi daripada kumpulan lagenda Malaysia, Blues Gang. Kolaborasi ini akan disertai dengan sebuah MV, dan diharapkan akan rilis untuk didengari orang ramai selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, setelah 5 tahun tanpa mengeluarkan album, mereka sedang dalam proses pembikinan yang baru dan dijangka akan rilis hujung tahun 2021 ini.
