" KITA MESTI JUMPA " Kalau pun aku raya tanpa baju baru, Bukan itu yang ku kejar, Cukuplah kasih tanpa hadnya, Selamat Hari Raya Pada Semua.
Selepas mengeluarkan album pertama (PSJKB) pada tahun 2019 dan disambut baik dikalangan peminat muzik 'indie', album yang terjual secara fizikal 4,000 salinan, dan telah memenangi anugerah sebagai 'Kulit Album Terbaik', 'Lagu Terbaik (Jangan Cakap Saja)' dan juga 'Artis Terbaik' di Tapau Awards 2019. IQBAL M. terdiri dariada Johan - Gitar, Shah - Bass, Iqbal - Vokal, Akustik Gitar, Synthesizer, Fei - Gitar dan Aidil - Drum, Perkusi. Kini IQBAL M., mengeluarkan sebuah single bersempena sambutan perayaan Aidilfitri 2021 ini.
Mengambil masa 3 tahun untuk melengkapkan lagu ini, menurut Iqbal, "Bukan sesuatu yang mudah untuk membuat lagu raya ni, kerana mungkin sebab kita semua dah biasa dengan lagu-lagu raya lama yang dah tertanam dalam diri masing-masing, sampaikan susah untuk kita cuba menerima gaya baru lagu-lagu raya yang ada.'
Lagu 'Kita Mesti Jumpa' ini pun terlahir secara tidak sengaja, semasa Iqbal sedang membuat IG Live di akaun instagramnya pada ketika itu (3 tahun lepas). Para penonton pada ketika itu, bertanyakan kepadanya "IQBAL M. takde lagu raya ke?" dan langsung Iqbal terus nyanyikan secara spontan. Dan rata-rata respon orang pada ketika itu menyukai akan lagu tersebut. Dan akhirnya, inilah lagunya.
Pengalaman merakamkan KMJ ini juga satu cara kerja yang baru digunakan. "Kami tak pernah jamming bersama pun lagu ni. Lepas Iqbal hantarkan file demo, dan masing-masing meletakkan idea masing-masing, terus sahaja rekod."
Selain menggunakan produser yang sama semasa PSJKB album dahulu, IQBAL M. menggunakan khidmat Bijan (AtasbyBijanFX) untuk proses adunan lagu, manakala untuk proses mastering dibuat oleh Felix Voon.
Single KMJ ini akan dilancarkan di platform digital mulai 03 Mei 2021. Selain dari itu, IQBAL M. juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Luncai Emas Sdn Bhd selaku Exclusive Distributor bagi lagu ini. Dan tidak lupa kepada Vans (Malaysia) dan juga Bulan Bintang atas tajaan pakaian dan juga kasut untuk mencantikkan lagi perkembangan KMJ ini.

