SOSIAL MEDIA

17 July, 2020

NURFLIX , PENSTRIMAN RANCANGAN MENGIKUT SYARIAH ISLAM


Kalau dilihat pada masa ini, terlalu banyak kandungan digital yang semakin tidak terkawal, tidak ditapis , tidak memiliki norma dan nilai budaya yang ideal. Jika dilihat pada keadaan semasa sekarang ni, dunia media memberikan pelbagai pilihan platform penstriman Netflix, Iflix dan banyak lagi yang menyajikan rancangan hiburan seperti filem dan drama serta rencana yang dapat dipertontonkan kepada umum tanpa batasan.


Pada masa yang sama juga, ekosistem mampan diri yang telah dibentuk ini akan dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan buat tenaga kerja dan karyawan dalam sektor industri kreatif dan secara tidak langsung ia dapat membantu menjana ekonomi negara. 


Majlis sidang media The Nurflix Initiative pada hari ini menyaksikan penyerahan mandat oleh Pengerusi Nurflix.TV, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir kepada Penyelia Kehormat (Musyrif) Nurf|ix.TV, Habib Ali Zaenal Abidin AI-Hamid . 



Kedua, perlantikan fasa pertama affiliate artistes seperti Eman Manan, Erra Fazira, Mawi, Altimet, Yasin Sulaiman, Adam Corrie, Mira Filzah, Diana Amir, Wany Hasrita dan Alif Teega untuk turut sama berkolaborasi dengan Nurflix.TV bagi menghasilkan kandungan-kandungan terpilih ini. 

  

  


 


Majlis yang memantau itu ialah NURPATH dibawah Penasihat Utama iaitu Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, diketuai oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis dan dilaksanakan oleh para asatizah. 


Menurut Syah Mohamed, pihaknya amat menitik-beratkan kualiti produksi serta nilai kreativiti dalam kandungan-kandungan yang dipaparkan di dalam platform Nurflix.TV. Bahagian penerbitan dan produdsi dihubungkan melalui Shah dan Farihin, yang menjadi jambatan kepada Nurpath. Drama yang dihasilkan akan dijaga kualiti cinematography sebagaimana penonton dapat melihat kualiti iklan-iklan seperti iklan raya dan sebagainya setanding cinematography filem. 


Nurflix amat menitik beratkan adab dan akhlak. Perbezaan yang dibawa oleh Nurflix menurut penasihat Nurflix iaitu Habib Ali Zaenal Abidin bahawa mereka inginkan hidayah kepada manusia melalui wacana ini, tapi jangan diperbuat daripada perkara perkara yang mendatangkan kemurkaan dari Allah. 


"Disebabkan itu, kita memiliki panel penasihat kandungan dan kita juga turut memastikan setiap kandungan yang ditawarkan di dalam platform ini memaparkan idea atau subjek yang cukup unik," katanya lagi. 




Memiliki sasaran untuk meraih 1 juta tontonan sehingga akhir Januari 2021, pihak Nurflix TV turut mengalu-alukan kehadiran penerbit, pengarah, penulis skrip dan bakat-bakat baharu, bersesuaian dengan tagline mereka: ’Be Part Of Us'.