MUKARAKAT YAKIN SEKIRANYA MUZIK ITU BAIK MAKA IANYA AKAN DITERIMA PEMINAT.
MukaRakat adalah sebuah kumpulan yang sedang meningkat naik dikalangan pengemar muzik irama Hip Hop. Kumpulan yang dilahirkan di Indonesia sejak tahun 2017 ini turut dianggotai oleh 5 ahli iaitu Lipooz, DirtyRazkal, D’Flow, I’m Rapholic dan DJ GeraMar.
MukaRakat dikenali sebagai kumpulan hip hop yang menggabungkan budaya dan tradisi Indonesia ke dalam muzik dan visual mereka. MukaRakat turut berusaha dalam meneruskan impian meletak nama Indonesia dan muzik mereka di mata dunia. Dalam masa dua tahun MukaRakat telah tampil dengan sembilan single yang menjadi hak cipta mereka sepenuhnya.
Secara rasminya pada penghujung tahun 2019, MukaRabat telah bergabung dengan Def Jam Records SEA di bawah naungan Universal Music Indonesia.
Secara rasminya pada penghujung tahun 2019, MukaRabat telah bergabung dengan Def Jam Records SEA di bawah naungan Universal Music Indonesia.
Melihat kepada latarbelakang mereka berlima, semuanya berasal dari kepuulauan Flores yang terletak di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Mereka merantau ke Bali, dan ada yang menyambung pengajian di universiti di sana serta ada yang mencuba nasib mencari pekerjaan.
Kelima mereka ini bertemu dan bersatu di Pulau Dewata berlandaskan minat yang sama iaitu muzik jiwa muda yang gemar meneroka benda baru, minat mereka lebih menjurus kepada muzik hip hop yang ternyata belum begitu menjadi pilihan utama di kalangan peminat muzik tegar di Indonesia.
Menurut I’m Rapholic, mereka ‘berjalan’ saja mengikut arus seperti air yang mengalir kerana mereka percaya kalau muzik itu bagus, ia tetap bagus.
“Sumber ilham kami adalah Tuhan Yang Maha Kuasa dan semua kumpulan hip hop yang ada di Indonesia menjadi rujukan kami. ‘Komuniti’ hip hop di Indonesia semakin bercambah dan kami bersatu serta sering mengadakan persembahan indie,”
Mengagumi hip hop mendapat sambutan hangat di Malaysia lantaran itu mereka amat gembira dan berbangga dapat bertemu dengan peminat genre muzik itu di negara ini.
“Di Indonesia, dangdut dan rock saling berganding manakala hip hop sedang merintis jalan untuk berada seiringan dengan kedua-duanya.
“MukaRakat mempertaruhkan lagu etnik dan sehingga kini, sambutannya baik-baik saja. Semua pemuzik di sana saling menghormati dan menyokong, MukaRakat juga jarang mendapat undangan membuat persembahan di televisyen Indonesia” katanya.
“Kumpulan hip hop di Malaysia sangat bertuah kerana kehadiran mereka dalam industri muzik di sini sangat diraikan dan mendapat pendedahan meluas. Mukarakat turut memasang niat sekiranya berkesempatan untuk berkolaborasi bersama rappers Malaysia, K-Clique.
“Penyebaran melalui media sosial seperti Youtube dan facebook serta Instagram banyak membantu meraih populariti mereka. Followers kami sekarang sudah lebih 50,000 orang,” katanya.
I’m Rapholic berkata bahawa mereka sangat tertarik untuk datang ke Malaysia untuk mengembangkan sayap dan berada di negara ini dianggap satu pencapaian yang sangat membanggakan.
”Dulunya kami ada sembilan orang, selepas ditapis, tinggallah kami berempat yang benar-benar serasi dan kemudiannya disertai DJ GeraMar,” katanya.
Facebook :- MukaRakat
Instagram :- MukaRakat



