SOSIAL MEDIA

12 March, 2020

CATCHY DAN SEXY DABOYWAY DENGAN BABY YOU

‘Baby You’ dari album debut Daboyway yang amat dinantikan dianggap sebagai lagu pop dengan unsur seksi dan irama yang catchy.



Daboyway, penyanyi hip hop Asia Tenggara yang terkenal itu telah melancarkan single terbaru, ‘Baby You’, dari album solo beliau berjudul Daboyway pada 28hb Februari 2020 melalui syarikat Def Jam Recordings Thailand.




Irama dan rentak yang catchy dalam “Baby You” hanyalah sebahagian dari apa yang ditampilkan dalam album Daboyway yang dilancarkan pada 6 Mac 2020. Pembikinan album ini hasil kerjasama Daboyway dan Radio3000 akan membawa pendengar ke suasana seperti berada di jalanan di New York atau lorong-lorong di Thailand. Dalam lagu ini, peminat akan dapat menghayati gaya rap signature beliau serta irama dan rentak yang catchy.



Album baru ini juga menampilkan artis bermain dengan sempadan genre, gabungan sempurna genre hip hop, trap, R & B dan pop untuk menghasilkan bunyi tersendiri. Album 10-lagu ini turut menampilkan kerjasama dengan beberapa artis terkenal, termasuk Vincent Berry, JOE FLIZZOW, Violette Wautier, WONDERFRAME, TWOPEE dan banyak lagi.



Album ini adalah inisiatif DABOYWAY dan Def Jam Thailand untuk mencari dan mempromosikan bakat hip hop Asia yang baru. "Objektif saya sebagai presiden Def Jam Thailand adalah untuk mewujudkan peluang dan menyediakan platform global untuk artis tempatan. 




Album ini menggambarkan perjalanan hidup saya dari New York ke Asia Tenggara dan perkembangan saya dari artis kepada eksekutif. Ia mempunyai makna dalam hidup saya, dan ia juga boleh dianggap sebagai blueprint untuk generasi akan datang untuk membentuk masa depan mereka. ", kata rapper dari Thailand itu.

Tracklisting:

0. Intro
1. Break U Down x Violette Wautier
2. WAY UP x Joe Flizzow, Twopee, Young Lyxx, Zamaera
3. Interlude
4. KAOW MA x Angkanag Koonchai
5. WON ARAI
6. GANGSH!T x Radio3000
7. BangBang (Skit)
8. Baby You
9. Interlude II
10. AIR
11. Tonight x WONDERFRAME
12. Deep Down x Violette Wautier
13. Mountain Tops x Vincent Berry II
14. Ending
15. Gangsh!t (Remix) x YB, Fiixd, Diamond, Radio3000