Konsert ini menandakan kemunculan semula penyanyi legenda itu ke Malaysia setelah lebih sedekad, sekaligus mengubat kerinduan para peminat tempatan yang telah mengikuti perjalanan seninya sejak awal milenium.
Lebih istimewa, kehadiran beliau kali ini bertepatan dengan pelancaran album studio ke-9 berjudul Commitment yang akan dilancarkan pada 8 Ogos 2025.
Album terbaharu ini digambarkan sebagai karya paling peribadi Craig David setakat ini, dengan tema pencarian makna komitmen dan evolusi dirinya sebagai artis.
Ia turut menampilkan kolaborasi bersama barisan artis terkenal dunia seperti Tiwa Savage, JoJo, dan Louisa Johnson.
Commitment turut menggabungkan nuansa nostalgia daripada era Born To Do It dengan elemen muzik moden yang segar dan relevan. Konsert ini akan menyaksikan penampilan konsep istimewa TS5, gabungan persembahan vokal langsung dan set DJ yang telah menjadikan Craig David sebagai fenomena global sejak diperkenalkan pada tahun 2012.
TS5 yang bermula sebagai siaran radio dari apartmennya di Miami, kini telah menjelajah ke pentas-pentas berprestij di seluruh dunia seperti Ibiza, Dubai, London dan Tokyo.
Kini buat pertama kali akan menemui peminat di Malaysia. Penonton boleh menjangkakan sebuah malam penuh tenaga dan dinamik, dengan rangkaian lagu hits Craig David yang merentasi lebih dua dekad seperti Fill Me In, 7 Days, Walking Away, What’s Your Flava dan When The Bassline Drops. Craig David mula meraih perhatian dunia menerusi kolaborasinya bersama Artful Dodger menerusi Re-Rewind, sebelum meledak dengan single solo pertamanya Fill Me In sekaligus menjadikannya artis solo lelaki termuda yang pernah mencapai tangga pertama carta UK.
Album debut beliau Born To Do It (2000) terjual lebih 7 juta unit di seluruh dunia dan telah diiktiraf oleh MTV dan The Guardian sebagai salah satu album terbaik sepanjang zaman.
Sepanjang kerjayanya, Craig David telah mencatat lebih 13 juta jualan album, menerima pelbagai anugerah berprestij seperti 3 Ivor Novello Awards, 2 MTV Europe Music Awards, serta 14 pencalonan BRIT Awards.
Pada tahun 2021, beliau turut dikurniakan gelaran MBE oleh mendiang Ratu Elizabeth II atas sumbangannya dalam bidang muzik dan kebajikan.
Tiket bagi konsert “Craig David Presents TS5: Live in Kuala Lumpur” akan mula dijual dalam masa terdekat.
Para peminat disarankan untuk mengikuti pengumuman rasmi daripada pihak penganjur bagi mendapatkan maklumat lanjut dan memastikan mereka tidak terlepas menyaksikan persembahan eksklusif ini yang dijangka menjadi antara konsert paling hangat tahun ini.
Untuk informasi sila lawati
Twitter - @craigdavid / @ts5,
Instagram - @craigdavid / @ts5 dan
Facebook - www.facebook.com/CraigDavid / www.facebook.com/TS5Officia