Shah Alam, 7 Ogos 2025 - Bateriku (M) Sdn. Bhd. (“Baterikuˮ), penyedia Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan (Connected Roadside Assistance) nombor satu di Malaysia, hari ini mencatatkan satu lagi pencapaian penting melalui pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang telah menerima pensijilan SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya.
Turut dilancarkan pada majlis yang sama adalah Makmal Kualiti Bateriku, iaitu fasiliti dalaman yang membolehkan ujian ke atas prestasi, ketahanan dan keselamatan setiap bateri ASTRA yang dibekalkan dilakukan secara menyeluruh.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari: "ASTRA bukan sekadar bateri - ia adalah janji terhadap kualiti, sokongan selepas jualan dan ketenangan fikiran untuk setiap pengguna di jalan raya. ASTRA adalah satu-satunya jenama bateri diperakui SIRIM IEC 60095 yang menawarkan Perlindungan Kumpulan Insuran Takaful Kemalangan Diri (GPA) secara percuma dan bantuan waranti seluruh negara - inisiatif pertama dalam industri bateri Malaysia.ˮ
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI, dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi dari SIRIM Berhad, pemain industri automotif serta rakan-rakan strategik Bateriku.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Hanafi Sakri merakamkan penghargaan kepada Bateriku atas komitmen untuk mendapatkan pensijilan SIRIM IEC60095 untuk produk ASTRA dan pelaburan untuk membangun dan mengendalikan makmal kualiti bateri.
"Komitmen syarikat Bateriku untuk mendapatkan pensijilan SIRIM untuk jenama bateri ASTRA serta penubuhan Makmal Kualiti dalamannya, membuktikan bahawa syarikat tempatan kita mampu bersaing bukan sahaja dari segi harga tapi dari sudut kualiti dan ketelusan kawalan mutu."
Beliau turut memuji ekosistem operasi Bateriku yang dinamik - membina jenama tempatan, keupayaan teknologi dalaman, rangkaian juruteknik gig bergerak (BHero), rangkaian usahawan BPreneur) dan rangkaian rakan bengkel / trak tunda (BBuddy. Selain itu, Bateriku turut melestarikan alam melalui penubuhan Briged Hijau untuk mengumpul dan melupuskan bateri lusuh dan sisa elektronik secara berhemah.
Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah mencatatkan lebih daripada 1 juta unit terjual, hasil daripada kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop fizikal di seluruh negara, dan lebih daripada 1,500 juruteknik gig bergerak yang dilatih oleh Akademi Bateriku .
Pengiktirafan SIRIM melalui pensijilan IEC 60095 memenuhi standar Antarabangsa dari segi piawaian keselamatan dan kualiti, sekaligus meletakkan ASTRA satu-satunya jenama bateri automotif yang mendapat pensijilan untuk semua 28 SKU produk - Bateri MF, Bateri EFB dan Bateri AGM.
Selain itu, setiap pembelian bateri ASTRA turut dilengkapi dengan Perlindungan Kumpulan Insuran Takaful (GPA) Kemalangan Diri (GPA) percuma sehingga RM7,000 – inisiatif pertama dalam industri bateri Malaysia.
Pengguna juga akan menikmati perkhidmatan waranti nasional ("Nationwide Warranty Assist") termasuk bantuan lokasi di mana sahaja di Malaysia. Contohnya, jika pengguna menukar bateri di Shah Alam, Selangor dan mengalami kerosakan di Bota Kiri, Perak, Bateriku menerusi ekosistemnya akan hadir terus ke lokasi untuk membantu para pelanggan.
Penubuhan Makmal Kualiti Bateriku di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. bakal memperkukuhkan lagi kawalan mutu dalaman serta memastikan setiap bateri ASTRA menepati piawaian standar kualiti yang telah ditetapkan.
Kenapa ASTRA merupakan bateri pilihan mekanik? Kerana mekanik tidak perlu lagi melayan tuntutan waranti pelanggan mereka. Kini pelanggan bengkel boleh pergi kemana-mana 225 Pitstop Bateriku di seluruh negara atau hubungi talian Hotline 24 jam Bateriku. Semuanya akan diuruskan oleh Bateriku.
