PROGRAM REALITI "MALAYSIA TOP MUA" ADALAH SEBUAH PERTANDINGAN BAGI MENGIKTIRAFKAN KERJAYA JURUSOLEK.
Rentetan kejayaan yang dimiliki dalam beberapa peringkat dari tahun ke tahun sehingga kini, Dato’ Alha Alfa telah merencanakan hasratnya untuk menerbitkan program realiti TV dibawah terbitan Alha Alfa Rich Legacy & VC Media & Consultancy Sdn Bhd iaitu ”Malaysia Top MUA”. Tujuan dan objektif program ini di hasilkan adalah untuk menghargai bakat-bakat jurusolek yang bagaikan cendawan tumbuh di era ini. Profesion mereka sebagai jurusolek kini bukan sesuatu yang janggal di mata masyarakat mahupun dunia. Kewujudan platform realiti program ini mampu memberi saingan yang sihat dikalangan jurusolek tanahair sekaligus meletakkan kepercayaan kepada masyarakat, bahawasanva profesion ini memberi impak yang besar dalam industri kerjaya sebagai jurusolek.
Program realiti MALAYSIA TOP MUA ini menampilkan 10 peserta yang dipilih untuk mengisi 10 episod penuh yang berdurasi 30 minit di kaca televisyen melalui siaran Astro Ria & Astro Ria HD setiap Sabtu jam 9.00 malam dan bingkisan diari perjalanan episod setiap hari rabu jam 12.00 tengahari di Youtube Channel MTM.
Pemilihan peserta ini berdasarkan beberapa peringkat, bermula dengan penghantaran penyertaan video make up selama 1 minit dengan menggunakan produk Alha Alfa iaitu Set Borderless. Penghantaran video dibuka pada 13 November sehingga 4 Disember 2019. Keseluruhan episod yang akan dipaparkan ini akan di adili oleh juri yang dipilih dalam setiap episod. Program realiti ini berkonsepkan tugasan mengikut tema yang akan diberikan kepada setiap peserta dan setiap episod akan berlaku penyingkiran. Pembabitan negara Indonesia juga dapat dilihat apabila MALAYSIA TOP MUA ini memaparkan episod suku akhir yang telah di rakam di Yogyakarta dan separuh akhir di rakam di Bali, Indonesia. Episod Finale berlangsung di Malaysia, dan akan menempatkan 4 peserta teratas yang bakal merebut gelaran Juara, Naib Juara ,tempat ketiga dan tempat ke empat.
Selaku penerbit yang yang merencanakan perancangan program realiti Malaysia Top MUA, Alha Alfa Rich Legacy juga menawarkan wang tunai RM50,000 RINGGIT MALAYSIA sebagai jumlah kesuluruhan iaitu tempat pertama sebanyak RM 25,000.00, kedua RM 15,000.00 dan ketiga RM 10,000.00 serta hadiah saguhati. Episod 1 program realiti ini bakal disiarkan setiap Sabtu di Astro Ria dan Astro Ria HD 123 bermula 15 Februari 2020 jam 9.00 malam. Di antara organisasi rasmi yang terlibat di dalam platform pengurusan program realiti MALAYSIA TOP MUA ini adalah, pihak penguru§an media rasmi iaitu agensi VC Media & Consulatancy [VCMC].
SENARAI PESERTA MALAYSIA TOP MUA
1. Roskartini bt Zainudin (@adexzainudin mtm)
2. Rahimah bt Abdullah (@amoy_mtm) .3. Mohamad Suhaizan b Shaharudin (@suhaizan_mtm)
4. Syahril Aswat b Rosly(@nikaswat_mtm)
5. Anis Aida bt Muda(@aniesmtm_neonsupporters)
6. Noor Aida bt Muhamad Azhar(@aidaazhar__mtm)
7. Albion bin Hassan ( @albinhassan_mtm)
8. Muhammad Yazid bin Ujod (@dizeyazid_mtm)
9. Fifi Nor Atiqah bt Jaba (@fificlio_mtm)
10. Mohd Rifqi b Zaki (@ashreef_mtm) Zak: (@ashreef_mtm)