NUSA FEST 2020 ADALAH GABUNGAN ARTIS DARI 3 NEGARA DI 1 LOKASI.
Kuala Lumpur, 5 February 2020 - Untuk suku tahun pertama 2020, Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya membawakan kepada khalayak sebuah festival yang bakal menggabungkan tiga (3) negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu (1) lokasi dan kemeriahan pada 7 dan 8 Mac 2020, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 3 petang di Bandar Malaysia, Sungai Besi.
Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.
Festival ini bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo hebat tiga (3) negara. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu (1) festival. Untuk dua (2) hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.
Festival ini bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo hebat tiga (3) negara. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu (1) festival. Untuk dua (2) hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.
Bukan hanya berhibur di pentas muzik, pastinya suasana festival ini akan menyediakan sebuah rasa 'rumah kita’ dengan makanan tiga buah negara, barangan budaya, merchandise dan banyak iagi. Juga akan disediakan ruangan kanak-kanak buat famili yang datang berkunjung ke festival hiburan dan seni ini.
Tiket berharga RM100 (Sehari) dan RM175 (Dua hari) dijual untuk EARLY BIRD manakala tiket NORMAL pula beharga RM125 (Sehari) dan RM200 (Dua hari) dan tiket VIP berharga RM800 (Dua hari) akan mula dijual pada 16 Januari 2020 di www.myticket.asia.
Malangnya negara kita sekarang ini sedang berjaga-jaga dan memantau virus corona, dengan itu Shiraz Projects Sdn Bhd dengan persetujuan semua artis yang terbabit mengambil keputusan untuk menangguhkan Konsert Nusa Fest ini ke satu tarikh yang baru iaitu pada buIan Julai 2020.
Perkara sebegini tidak dapat dielakkan dan langkah berjaga-jaga harus juga dititik beratkan.
Shiraz Projects Sdn Bhd akan memaklumkan satu tarikh yang baru dalam masa terdekat nanti. Penjualan tiket masih berjalan seperti biasa.
"NUSA FEST" ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.
NUSA FEST
Tarikh: TBC
Masa: Mulai jam 3pm
Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi
Laman web: www.shirazprojects.com
Tiket: www.myticket.asia
Ticket Hotline: 03-8605 0195
Info Hotline: +6012-256 0082
Facebook: nusafest.my
lnstagram: nusafest.my
Hashtag: #nusafest