SOSIAL MEDIA

06 February, 2020

KONSERT KEMBARA KITA DATO RAMLI SARIP DAN ELLA

KONSERT KEMBARA KITA RAMLI SARIP & ELLA


Konsert yang anjuran Rasa Karya Sdn Bhd. konsert KEMBARA KITA ini yang telah angkat namanya daripada lagu duet Ramli Sarip dan Ella. Konsert ini  bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 14 Februari & 15 Februari 2020, bermula jam 8.30 malam.



Irama muzik rock yang beza arah tuju dan haluannya serta takdir akhirnya telah mengabungkan 2  lagenda rock tanah air yang hebat iaitu Datuk Ramli Sarip dengan Ella Aminuddin di atas pentas yang sama.


Segala persiapan kini dijalankan dengan latihan latihan yang padat bagi memastikan persembahan yang akan dipersembahkan bakal memberi kesan serta impak yang mendalam kepada peminat peminat 2 lagenda rock tanah air ini.



“KEMBARA KITA bukan sahaja menampilkan perjalanan muzik kami bersama tetapi sebahagiannya adalah ‘soul’ dan kedewasaan yang kami berdua dan ini adalah antara sumbangan kami terhadap industri.



Tiket telah mula dijual bermula daripada 29 Oktober 2019! Harga tiket untuk  menyaksikan konsert ini adalah seperti berikut: 

RM510 / RM460 / RM360 / RM310 / RM260 / RM210 / RM160 / RM110.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari: www.ilassotickets.com . Hotline: +603 21706333.