SHAH ALAM, SELANGOR, 30 Ogos 2026 – Kembali untuk edisi kelima, Festival MotorManiac 2026 menjanjikan edisi paling meriah dalam sejarahnya. Festival kali ini menggabungkan pameran kereta berprestasi tinggi, barisan artis hebat, cabutan bertuah, koleksi barangan eksklusif serta pelancaran produk baharu, membawakan pengalaman hujung minggu yang luar biasa buat para peminat automotif.
Berlangsung pada 5 hingga 6 September 2026 di Rooftop, Aras 7, MyTOWN Kuala Lumpur, festival selama dua hari ini dijangka dihadiri lebih 40,000 peminat automotif. Menjelang pembukaan rasminya, MotorManiac telah mengadakan Sidang Media MotorManiac 2026 pada 30 Ogos 2026 di ibu pejabat Shah Alam, bagi memperkenalkan beberapa inisiatif utama yang memperkukuhkan aspirasi jenama ini sebagai ekosistem gaya hidup automotif terkemuka di Malaysia.
Dianjurkan oleh Bateriku, penyedia Bantuan Tepi Jalan di Malaysia, festival ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu acara gaya hidup automotif terbesar di negara ini menerusi kerjasama strategik bersama Astra selaku Penaja Utama. Festival ini turut disokong oleh Petronas Syntium sebagai Penaja Bersama dan Lazada sebagai Rakan Tiket Rasmi, di samping sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Turut memeriahkan acara ini ialah Red Bull, MyTOWN Shopping Centre, Retrohavoc dan GGR sebagai Rakan Penaja dan penyokong tegar, manakala F&N menyertai sebagai Rakan Minuman Rasmi bagi memastikan pengunjung kekal terhidrat sepanjang acara.
Mengangkat festival ini ke tahap yang lebih tinggi, DEF JAM Southeast Asia menyertai sebagai Rakan Pentas Rasmi (Official Stage Partner), membawakan festival muzik gempak secara terbuka (open-air) yang menampilkan Joe Flizzow, SonaOne, ALYPH, Ismail Izzani, Killa Driz, Lil J, Yonnyboii, AbangSapau, dan DJ CZA. Sebagai mengabadikan edisi 2026 festival tahunan ini, koleksi cenderahati (merch) tahun ini turut mendapat kerjasama eksklusif dengan DEF JAM Southeast Asia, terdiri daripada 12 SKU.
Jom Battle kembali sebagai Rakan Rasmi B-Boy (Official B-Boy Partner), diketuai oleh Sora. Festival tahun ini juga menampilkan segmen Keep It Street bersama Zeem Ahmad, seorang atlet Red Bull Malaysia dalam bola sepak gaya bebas (freestyle football), yang akan mengetengahkan budaya jalanan yang dinamik — sekali gus melengkapkan gabungan unik antara dunia automotif dan gaya hidup urban.
Festival MotorManiac 2026 turut menyaksikan pengumuman MotorManiac Drift Academy dan pasukan drift ASTRA, yang menghimpunkan beberapa nama besar seperti Rome Charpentier, pelumba Formula Drift PRO1 dari Amerika Syarikat; Vernon Zwaneveld, hakim drift antarabangsa bertauliah FIA dan jurulatih drift; Dika Champion, pelumba drift kebangsaan Indonesia serta Pengurus Operasi Sentul International Circuit; dan Alvito Hardianto, antara pelumba drift terkemuka Indonesia.
MotorManiac Drift Academy merupakan salah satu ahli pengasas World Drift School Alliance (WDSA). Kerjasama ini dirancang bagi melahirkan generasi baharu pelumba drift Malaysia menerusi latihan berstruktur, kerjasama antarabangsa, program pertukaran pelajar, serta laluan pembangunan profesional dalam arena drift.
WDSA merupakan hasil kerjasama antara Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Belanda. Disokong oleh tokoh-tokoh drift antarabangsa serta hakim bertauliah FIA, akademi ini menyediakan laluan profesional kepada para pelajar untuk bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk di Jepun dan Amerika Syarikat.
Penembusan MotorManiac di peringkat antarabangsa turut diteruskan menerusi kerjasama dengan media automotif dan barisan pempengaruh (influencer) terkenal seperti CarCulth, Smokey Nicole, Tatsu Miyagawa, Clay Wong dan Final Drive — kehadiran mereka mewarnai festival ini sekali gus menjadi manifestasi pengiktirafan platform automotif ini di peringkat serantau dan antarabangsa. Para pengumpul model kereta mini turut boleh mengunjungi Mini Diecast Expo, manakala AZJ Printing dan Sarman Printing menyokong penganjuran festival sebagai Rakan Percetakan Rasmi (Official Printing Partners).
Kini berada pada edisi kelima, MotorManiac terus berkembang melangkaui penganjuran festival semata-mata. Selari dengan gaya hidup digital masa kini, aplikasi MotorManiac turut diumumkan sebagai platform automotif digital sehenti yang menghubungkan penggemar kereta, jenama, dan rakan antarabangsa dengan pelbagai solusi seperti penjualan tiket, cenderahati, komponen prestasi, penjualan jentera, dan forum komuniti. Aplikasi ini direka untuk menjadi rumah kepada pemain-pemain industri automotif yang mantap, dengan jenama seperti DeWalt, Works Engineering dan beberapa lagi telah pun menyertainya.
Satu lagi produk baharu yang diumumkan ialah ASTRA-X, iaitu produk bateri lithium iron phosphate (LFP). Ia merupakan bateri automotif berprestasi tinggi yang ringan dan tahan lasak, direka khas untuk perlumbaan dan drift bagi memenuhi keperluan sukan bermotor yang kompetitif. Bateri ini direka untuk terus membekalkan tenaga kepada jentera walaupun berlaku kegagalan alternator, dan mampu dipulihkan meskipun mengalami discas mendalam (deep discharge). Misinya satu sahaja: mengekalkan prestasi tatkala setiap saat amat penting.
Pengunjung dijamin tidak pulang dengan tangan kosong. Setiap RM50 yang dibelanjakan untuk pembelian cenderahati MotorManiac melayakkan pengunjung menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah jentera sedia drift dan sedia pandu — sebuah Nissan Cefiro A31 yang ikonik! Pelbagai hadiah cabutan lain turut disediakan sepanjang festival, seperti basikal elektrik GGR, Teg Suspension Kit, Young Wrap Car Wrap, OMP Racing Helmet, Defi Meter Set, set alatan Teg daripada DeWALT dan banyak lagi.
Seorang pengunjung bertuah akan membawa pulang sebuah Nissan Cefiro A31 yang sedia untuk dipandu dan drift. Jentera ini dibangunkan khas oleh pasukan MotorManiac sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Setiap pembelian RM50 barangan rasmi MotorManiac melayakkan pembeli satu peluang cabutan. Selain hadiah utama itu, pengunjung juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik lain seperti motosikal elektrik oleh GGR, Teg Suspension Kit, Young Wrap Car Wrap, OMP Racing Helmet, Defi Meter Set, alatan Teg DeWALT dan pelbagai lagi hadiah eksklusif sepanjang festival berlangsung.
Tiket festival dijual pada harga RM30 (satu hari) dan RM50 (dua hari). Semua cenderahati boleh didapatkan menerusi rakanbateriku.com, aplikasi Lazada, atau secara walk-in.
Dianjurkan oleh Bateriku, Festival MotorManiac 2026 adalah manifestasi aspirasi jenama "Bukan Sekadar Bateri". Di sini, kami bukan sekadar membangunkan perniagaan — kami membina ekosistem, menyuburkan komuniti, dan mencipta trend. Jumpa anda di sana!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Muhsin Sabri (e-mel: muhsin@bateriku.com | telefon: 012-338 3503)
Amir Shazrin (e-mel: amir.shazrin@bateriku.com | telefon: 016-279 2334)
Zaeef Rizal (e-mel: rizal.zaeef@bateriku.com | telefon: 018-221 8285)











