Rockstage Entertainment, hari ini secara rasmi mengeluarkan notis panggilan terakhir (last call) buat seluruh pengikut dan pencinta seni muzik tanahair serta serantau. Makluman ini menyusul berikutan status penjualan tiket bagi Konsert Mangu di KualaLumpur yang kini dilaporkan berada pada tahap yang sangat terhad dan kritikal.
Konsert ini yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos 2026 bertempat di Zepp Kuala Lumpur (Zepp KL), dijangka bakal menyaksikan kehadiran penonton yang memenuhi kapasiti maksimum dewan. Pihak penganjur mendedahkan bahawa sejak kaunter jualan digital dibuka, momentum pembelian tiket menunjukkan unjuran yang sangat luarbiasa. Malah, beberapa zon utama termasuk zon berdiri (rockzone) dan tempat duduk premium kini dilaporkan hampir kehabisan ruang sepenuhnya.
Acara berprestij ini dibina khas untuk memberikan impak visual dan audio yang memukau.
Inti pati utama konsert bakal diterajui oleh figura seni vokal yang amat disegani, Ari Lesmana, yang dijadualkan menyampaikan barisan naskhah agung beliau. Apa yang menariknya, persembahan kali ini akan diadun segar menerusi kolaborasi eksklusif dan dinamik bersama DJ Firza bagi menyuntik elemen tenaga yang berbeza. Bagi melengkapkan lagi naratif malam penuh magis tersebut, malam konsert turut diperhangatkan lagi dengan penampilan khas daripada barisan bakat besar yan semakin meningkat naik iaitu Enau serta dikemudikan oleh MC Millvrd selaku pengawal rentak suasana.
Kombinasi nama-nama besar ini menjanjikan sebuah garapan estetika muzik yang bakal terpahat dalam sejarah penganjuran acara tempatan bagi tahun 2026. Wakil pengurusan Rockstage Entertainment dalam kenyataan medianya mengulas , "Kami amat terharu dan berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh para peminat setakat ini”. Keghairahan yang dizahirkan oleh orang ramai membuktikan bahawa penonton kita amat dahagakan persembahan yang berkualiti tinggi.
Memandangkan tarikh acara kini berbaki kurang daripada sebulan, kami ingin menasihatkan orang ramai secara serius agar segera mengamankan slot mereka sebelum kaunter jualan ditutup secara rasmi sepenuhnya. Kami tidak mahu ada peminat yang kecewa kerana terlepas peluang keemasan ini. Pihak penganjur turut mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan tiket (ulat tiket).
Pihak Rockstage Entertainment menegaskan bahawa transaksi yang sah hanya diiktiraf sekiranya dibuat menerusi portal rasmi pengurusan tiket yang telah dilantik. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerugian yang timbul akibat pembelian daripada pihak ketiga yang tidak sah. Butiran Lanjut Mengenai Konsert:
Nama Acara: Mangu di Kuala Lumpur
Tarikh Persembahan: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Waktu Pintu Dibuka: 7:00 Malam Tempat: Zepp Kuala Lumpur (Zepp KL),
Tempahan tiket: https://www.myticketempire.com/mangudikualalumpur
