Semenyih, 14 Februari 2026 – SPANA secara rasmi melancarkan pusat servis motosikal berteraskan komuniti dengan memperkenalkan pendekatan baharu dalam industri penyelenggaraan motosikal tempatan.
Malaysia mempunyai lebih 16 juta motosikal berdaftar, menjadikan kenderaan dua roda sebagai pengangkutan utama rakyat khususnya golongan B40 dan pekerja ekonomi gig. Keperluan terhadap servis yang telus, berkualiti dan mampu milik kini menjadi satu keutamaan.
Menjawab keperluan tersebut, SPANA tampil dengan konsep 'Rider Jaga Rider' – satu model perniagaan yang menggabungkan fasiliti premium, mekanik berpengalaman serta harga yang kompetitif.
Menurut Pengerusi SPANA, Datuk Rosyam Nor, SPANA bukan sekadar bengkel, tetapi satu gerakan komuniti.“SPANA bukan hanya tentang servis motosikal. Ia tentang maruah dan keselamatan rider di jalan raya. Apabila seseorang tersadai di tepi jalan pada jam 3 pagi, ketika itulah kita faham nilai bantuan yang ikhlas. Kami mahu setiap rider tahu bahawa mereka tidak bersendirian.”
Beliau turut menegaskan bahawa SPANA berpegang kepada prinsip 'Servis Gaya T20, Harga B40' di mana setiap pelanggan berhak mendapat layanan kelas pertama tanpa kos tersembunyi.
SPANA turut memperkenalkan pakej keahlian tahunan pada kadar RM100 setahun yang menawarkan pelbagai manfaat termasuk bantuan kecemasan serta keistimewaan eksklusif kepada ahli.
Sempena pelancaran, SPANA memperkenalkan Contest Video Terpaling Viral dan Contest Pocket Bike selain cabutan bertuah yang disiarkan secara langsung menerusi platform TikTok rasmi SPANA.
SPANA merancang untuk memperluaskan rangkaiannya ke Bangi, Kajang, Cheras dan Shah Alam menjelang 2027 bagi membina ekosistem sokongan komuniti penunggang motosikal di seluruh Selangor dan Lembah Klang.
SENARAI HARGA & PROMOSI RASMI SPANA
1. Keahlian SPANA
Yuran Keahlian Tahunan: RM100 setahun.Manfaat keahlian termasuk:
- Keistimewaan servis eksklusif
- Bantuan kecemasan (tertakluk terma & syarat)
- Akses promosi khas ahli
- Layak menyertai cabutan bertuah rasmi
2. Contest Grand Opening
Contest Video Terpaling Viral – Yamaha Y16 pada harga RM88.88 (1 unit
sahaja)
Contest Pocket Bike – RM88.88 (10 unit untuk dimenangi
Tarikh tutup penyertaan: 18 April 2026
Cara penyertaan: Rakam video, muat naik ke TikTok/Instagram.Setiap pembelian merchandise SPANA = 1 tiket cabutan bertuah.
Cabutan pertama:
14 Februari 2026 (Grand Opening).Tiket tidak menang akan dibawa ke cabutan seterusnya pada 18 April 2026 sempena Open House Hari Raya SPANA.
3. Cabutan Bertuah SPANA
Setiap pembelian merchandise SPANA = 1 tiket cabutan bertuah.
Cabutan pertama: 14 Februari 2026 (Grand Opening) Tiket tidak menang akan dibawa ke cabutan seterusnya pada 18 April 2026 sempena Open House Hari Raya SPANA
4. Raya Giveaway
Antara hadiah utama:
- Yamaha Y15 -Wang tunai
Hadiah saguhati dan merchandise eksklusif - Lambretta 250
Untuk Maklumat Lanjut
Laman web rasmi: www.spana.my Instagram: spana_international
TikTok: spana_international YouTube: spana_international



