Sebagai salah satu destinasi penting dalam jelajah Asia beliau, “JOY SPLASH” membuka bab baharu dalam perjalanan muzik solo JOY. Konsert ini menjanjikan pengalaman audio-visual yang imersif dengan produksi pentas yang stylish, segmen interaktif, serta susunan persembahan yang dirancang khas untuk peminat.
Dengan vokal manis dan aura pentas yang memikat, JOY bakal mempersembahkan lagu-lagu popular serta kejutan istimewa yang pasti membuatkan peminat teruja. Malam tersebut dijangka dipenuhi vibe positif, keceriaan dan kenangan manis bersama artis kesayangan ramai ini.
Lebih menarik, pelbagai fan benefits eksklusif turut disediakan, memberi peluang kepada ReVeluv untuk menikmati pengalaman yang lebih dekat dan istimewa bersama JOY.
ReVeluv, bersedialah untuk dilimpahi dengan pesona dan momen kegembiraan bersama JOY!
Tiket akan mula dijual pada 7hb Mac jam 12 tengahari. Harga bermula dari : RM698 / RM598 / RM498 / RM 398 di laman web etix.my
- Maksimum empat (4) tiket bagi setiap transaksi untuk setiap Alamat e-mel
- Caj tempahan RM4:00 bagi setiap tiket
- Caj pemprosesan RM10:00 bagi setiap transaksi
- Harga tiket tidak termasuk 8% SST
Untuk maklumat terkini, fan benefit dan pengumuman rasmi, ikuti platform rasmi penganjur.



