SOSIAL MEDIA

11 November, 2025

LEGENDA ROCK DEEP PURPLE BAKAL MEMBUAT PERSEMBAHAN TERAKHIR MEREKA DI MALAYSIA PADA 23 NOVEMBER


KUALA LUMPUR, 10 November — Salah satu kumpulan muzik berpengaruh dan Ikon rock dunia, Deep Purple, bakal mengucapkan selamat tinggal kepada peminat mereka di Malaysia dengan persembahan terakhir di negara ini, Deep Purple Live in Malaysia 2025. Konsert yang amat dinanti-nantikan ini akan berlangsung di Mega Star Arena KL pada 23 November 2025. Tiket Kategori Berduduk Baharu Diperkenalkan atas Permintaan Tinggi


Malam konsert itu bakal menjadi malam penuh bertenaga dan nostalgia dengan lagu-lagu klasik yang tidak dapat dilupakan. Atas sambutan yang hebat, pihak penganjur konsert telah mengumumkan penambahan tiket tempat duduk, Diamond (RM659) dan Premium Royal Twin Seats (RM2599), bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini. Kategori berdiri seperti General Admission dan Rockzone masih dijual. Dikenali dengan lagu abadi seperti “Smoke on the Water,” “Highway Star,” dan “Child in Time,” persembahan terakhir Deep Purple di Malaysia adalah detik bersejarah bagi generasi peminat rock yang membesar dengan muzik mereka.


“Konsert ini bukan sekadar persembahan — ia adalah satu perayaan muzik yang telah membentuk sejarah rock,” kata Rohit Rampal, CEO dan Pengasas Hitman Group. “Peminat di Malaysia menunjukkan semangat yang luar biasa terhadap Deep Purple, dan kami berbesar hati dapat membuka lebih banyak tempat duduk agar lebih ramai dapat menyaksikan persembahan terakhir mereka di sini.”



Dengan lebih lima dekad menghasilkan karya yang berpengaruh serta reputasi sebagai kumpulan yang sentiasa bertenaga di pentas, persembahan terakhir Deep Purple di Malaysia dijangka akan menjadi gabungan nostalgia dan keghairahan rock yang tidak boleh dilepaskan. Konsert ini wajib ditonton oleh semua peminat muzik sejati.



Konsert ini dianjurkan oleh Hitman Solutions, dengan Rakan Radio Rasmi, Mix FM, Lite FM, dan Sinar FM, Rakan Media Digital, Astro Gempak, serta Rakan Media, Malay Mail.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di +6012-2655783 atau email concerts@hitman.group.