KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2025 – Muncul dari ‘underground’ scene, DISTORTED, kolektif genre-bending yang terdiri daripada Sino, Eneyeqay dan Balo, bakal melancarkan album debut mereka yang sangat dinantikan, NEW MATERIAL. Balo juga dikenali sebagai Iqie daripada sebuah kumpulan bernama Insomniacks, namun beliau juga merupakan sebahagian daripada sebuah kumpulan bernama DISTORTED. Dengan gabungan unik tekstur elektronik, irama eksperimental, dan emosi mentah, NEW MATERIAL mewakili detik penentu bagi trio ini dalam mengukir laluan mereka sendiri dalam muzik moden.
NEW MATERIAL ialah satu nafas baharu, bukan sahaja untuk DISTORTED, tetapi untuk sesiapa yang mendengarnya. Ia bukanlah album yang dibuat untuk memuaskan hati semua orang, dan itulah intipatinya. Sepanjang 16 track, album ini bergerak seperti sebuah filem, bermula dengan 10 lagu rap dan hip-hop bertenaga tinggi sebelum perlahan menjadi 6 lagu emosional dan introspektif yang menutup kisah ini dengan nada lebih peribadi.
Album NEW MATERIAL telah melalui proses selama tiga tahun. Projek ini mewakili titik pertemuan pelbagai bunyi/ genre, pengalaman dan pengaruh musik kerana mereka bertiga merupakan individu dari latar berbeza. Hasilnya, ahli-ahli DISTORTED mencurahkan segala yang mereka pelajari dan lalui ke dalam satu karya bersama. Dalam proses itu, mereka bereksperimen, meneroka genre baharu, dan bekerjasama dengan ramai artis berbakat yang membantu membentuk album ini menjadi seperti hari ini.
“Pendengar-pendengar boleh expect satu nafas baharu. Ia telah menjadi perjalanan yang panjang sejak hari pertama, bekerja dengan individu berbakat dari pelbagai scene, dan saling jatuh cinta dan hilang minat dengan setiap lagu. Melihat demo semalaman berubah menjadi track lengkap, rasanya surreal bila album ini akhirnya dapat melihat cahaya hari,” kongsi Sino.
Diikat oleh dua lagu fokus, “SHEESH” dan “BAYANGAN”, NEW MATERIAL mempamerkan versatiliti dan kedalaman muzik kumpulan ini. Sebagai fokus track album, “SHEESH” menangkap sisi eksperimental DISTORTED. “SHEESH” ialah bunyi yang kami mahu orang kaitkan dengan kumpulan ini. Elemen elektronik berat bersama struktur lagu yang tidak konvensional benar-benar menetapkan tona untuk keseluruhan album,” kata Balo. Mengenai proses kreatifnya, beliau menambah, “Tak banyak pun yang berubah. Kami cuma terus tambah lapisan demi lapisan dan berseronok dengannya.”
Tentang kolaborasi mereka bersama Killa Driz, Balo berkata, “Sejujurnya, saya tak ingat pun kalau ini projek pertama kami dengan Driz. Kami dah bekerja pada begitu banyak projek dalam tiga tahun ini yang masih belum keluar. Nothing but love untuk brother kami — kreatif yang luar biasa, lyricist elit, dan seorang yang sangat menyenangkan.”
Sebaliknya, “BAYANGAN”, diketuai oleh Eneyeqay, membawa emosi introspektif dan melankolia halus. “BAYANGAN” ialah lagu yang diungkapkan bagai memikul satu beban senyap yang mengikuti seperti bayang. Ia meneroka ketegangan manis-pahit antara melepaskan dan perasaan yang masih tinggal walaupun sudah cuba bergerak ke hadapan,” ujar Eneyeqay. Mengenai inspirasi di sebalik lirik, dia menambah, “Ia datang dari fasa di mana saya sedang belajar melepaskan beberapa orang dan beberapa momen. Saya nak tangkap ruang di antara mengingati dan meneruskan hidup. “BAYANGAN” menjadi cara saya menukar perasaan itu kepada bunyi.”
“Semua yang terlibat membawa emosi dan kreativiti sendiri ke dalam projek ini. Kami semua melalui fasa yang sama dalam cara masing-masing untuk mencipta lagu ini. Saya harap orang dapat lihat sedikit kisah mereka dalam “BAYANGAN”. Sama ada ia mengingatkan kepada seseorang yang dirindui, atau masa yang sudah tinggalkan, kadang-kadang lagu membantu kita memproses apa yang kita tak mampu ungkapkan,” kongsi Eneyeqay.
Pada terasnya, NEW MATERIAL adalah tentang ketahanan dan evolusi, refleksi untuk melalui perjuangan, bergerak ke hadapan daripada masa lalu, dan enggan membiarkan negatif menentukan. Ia membawa semangat debut mentah sebuah kumpulan yang mencipta dari tempat kejujuran dan tenaga positif.
Bagi Sino, album ini ialah sebahagian daripada karya hidupnya. Ia bermula ketika kumpulan itu pertama kali ditandatangani, lahir daripada keinginan untuk mencipta sesuatu yang benar. Selepas bertahun-tahun jatuh bangun dalam proses berkarya, NEW MATERIAL akhirnya hadir sebagai sebuah kenyataan lengkap, satu peringatan tentang perkembangan, ketekunan dan keindahan dalam mencipta.
Ketika pelancaran album semakin dekat, Sino berkongsi tentang masa depan DISTORTED, “Saya harap NEW MATERIAL diterima pendengar dan membuat mereka merasai sesuatu. Untuk apa yang seterusnya, kami hanya nak terus buat lebih banyak muzik. Nantikan.”
NEW MATERIAL oleh DISTORTED akan tersedia di semua platform penstriman utama bermula 14 November 2025.
.jpg)