KUALA LUMPUR, 13 November 2024 - Konsert Memori Mungkin Berulang menampilkan Tomok dan Siti Nordiana berkongsi pentas menyanyikan lagu popular mereka sepanjang lebih 20 tahun dalam indusri muzik tanah air. Konsert ini bakal berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam.
Tomok yang juga penganjur konsert di bawah syarikatnya POPSICLE RECORDS amat berbesar hati kerana ini adalah kali pertama beliau bergabung dengan Siti Nordiana untuk mengimbau dan menggamit memori lama mereka, di mana mereka memulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah di Era 90an.
“Pelbagai kejutan akan dipersembahkan sepanjang konsert ini berlangsung terutama lagu-lagu hits kami akan dinyanyikan oleh saya dan Nana. Sepanjang kami bergelar penyanyi ini kali pertama kami berkolobarasi juga atas permintaan penyokong dan peminat kami.
Konsert ini juga akan mengimbau kenangan lagu Nana berduet bersama dengan Allahyarham Achik yang akan dinyanyikan oleh saya. Saya yakin lagu-lagu hits seperti Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih akan ditunggu-tunggu oleh semua peminat.
Harga tiket ditawarkan juga amat berpatutan dan saya yakin peminat kami berdua mampu memilikinya dan menyokong konsert kami ini. Kami akan berikan persembahan terbaik dan tidak merugikan wang anda.” Ujar Tomok yang juga selaku penaung Popsicle Records.
Sementara itu, Siti Nordiana bersetuju untuk menjadi rakan konsert Tomok selepas menerima pelawaan daripada Tomok yang berhajat untuk menganjurkan konsert bersama dengan dirinya.
Ia satu peluang tidak wajar disia-siakan kerana ini antara hadiah terbaik buat peminatnya yang terus menyokong karier kami dari sejak awal 2000 hingga sekarang.
“Memilih lagu duet kami iaitu Memori Mungkin Berulang sebagai teraju utama konsert ini adalah ia amat sinonim dengan saya dan juga Tomok. Dulu saya amat dikenali dengan Achik kerana kerap tampil dengan lagu-lagu duet yang menaikkan nama kami berdua.
Saya juga tidak menyangka lagu duet dengan Tomok diterima ramai dan sekali lagi cetus satu fenomena baru untuk industri muzik masa kini yang dikelilingi generasi Z. Apa-apa pun saya bersyukur kerana lagu Memori Mungkin Berulang diterima di luar jangka terutama kepada anak-anak muda.” Berikut kata-kata Nana yang penuh keterujaan untuk mengadakan konsert yang julung-julung kali di adakan.
Tiket Konsert Memori Mungkin Berulang sudah mula dijual pada 28 Oktober 2024 dengan harga permulaan RM98, RM198, RM298, RM398, RM498 dan VIP BOX RM5000. Popsicle Records telah melantik Ticket2u sebagai agensi penjualan tiket menerusi dalam talian. Untuk setakat hari ini sudah hampir 50% tiket telah terjual. Perangkaannya antara sebulan dari sekarang tiket akan habis terjual.

.jpeg)

