Muhd Ammar Firdaus Maran bin Abdullah atau mahu di kenali sebagai Ammar (TMS). Merupakan anak jati Selangor yang mempunyai minat mendalam dalam muzik yang di ceburinya sejak berumur 15 tahun sehingga sekarang.
Bercakap mengenai TMS, TMS adalah singkatan dari TWOMANSTAND dimana TMS mempunyai dua ahli, Ammar adalah sebagai gitaris utama dan penyanyi kedua Kumpulan itu. Ammar merupakan pengasas bersama untuk TMS.
TMS ditubuhkan selepas kecewa kerana tidak dapat menjadi artis rakaman bersama band terdahulu. Menurut Ammar hanya lagi 3 hari majlis menandatangani kontrak, beliau dimaklumkan dibatalkan di saat-saat akhir.
Bersama TMS sebanyak dua lagu telah di lancarkan namun TMS tidak kekal lama, segala perancangan untuk menjayakan dua lagu ini telah terbantut di atas pemergian penyanyi utama Kumpulan TMS dan menjadikan kini seorang untuk meneruskan legasi TMS. Dengan bekat kesungguhan Ammar serta minat yang mendalam dalam music serta dengan usaha beliau untuk menyanyi, kini Ammar bergerak secara solo di bawah naungan Wamo NSG Enterprise dan telah melancarkan lagu raya untuk tahun 2024 baru ini.
Selepas kejayaan lagu raya, kini Ammar telah melancarkan solo pertama beliau bertajuk Bagaimana hasil ciptaan beliau sendiri dan lirik oleh beliau dan saudara Wafi (Wamo NSG) yang mengisahkan kerinduan yang teramat pada yang telah tiada serta pujuk rayu meminta maaf atas kesilapan lama. Menurut Ammar lagu bagaimana menggambarkan betapa sedihnya beliau kerana tidak dapat bertemu dengan sahabatnya sebelum sahabatnya meninggal dunia.
Ammar berharap percubaannya untuk lagu Bagaimana ini mendapat tempat di hati pendengar lama dan baru. Ammar juga mempunyai rancangan untuk menerbitkan lagu yang terbaru untuk dirinya dan beberapa artis lain. Antara lagu yang merupakan hasil ciptaannya sendiri adalah Sekali Cinta, Jessie, Ku Ucap Selamat Hari Raya (2022) dan Bagaimana.
