Diberi nama Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, konsert tersebut dengan jayanya berlangsung pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Selaku penganjur, Persatuan Rekreasi Global Malaysia menyifatkan kolaborasi perdana dengan kugiran yang terkenal di Nusantara menerusi Search Symphony Live In Kuala Lumpur sebagai satu lagi kejayaan yang dilakar oleh pihak mereka dan SEARCH sendiri.
“Memang bukan satu negosiasi yang mudah tapi sebagai pemain profesional dalam bidang muzik yang sudah mempunyai pengalaman cukup luas dalam berkarya, Search bersetuju dengan konsep yang diusulkan bukan hanya kerana berkonsep orkestra tapi sebagai sokongan kugiran tersebut dalam perjuangan muzik tempatan.
Kugiran SEARCH pula menyifatkan Search Symphony Live In Kuala Lumpur merupakan satu lagi momen terbaik yang pernah dirasai oleh peminat.
“Walaupun rendisi lagu yang sama tapi ia akan diulang kemas semula dengan pemain-pemain orkestra yang bergabung bersama Search nanti sekaligus menjadikan Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, sebagai konsert terbaik daripada kami,” ujar Amy lagi.
Barisan seramai 27 orang pemain orkestra dipimpin dengan hebatnya oleh Datuk Mokhzani Ismail selaku konduktor orkestra. Search juga mendapatkan khidmat Rie Tsuji selaku pengarah dan penyusun muzik serta Jenk Ali selaku pemain dram.
Dalam konsert Search Symphonic ini sebanyak 21 lagu terbaik mereka telah didendangkan antaranya Fantasia Bulan Madu, Isabella, Isi dan Kuku, Mentari Merah Di Ufuk Timur. Kehadiran ribuan penonton yang rata rata menantikan kehebatan kumpulan Seach ini turun menyanyi bersama.
Tidak ketinggalan ramai rakan rakan artis yang turut sama hadir menyaksikan konsert hebat ini. Antara artis yang hadir memberi sokongan adalah Kumpulan Wings, Spider, Exists, Sixth Sense, Shery Ibrahim, Neves Pretty Ugly dan Ella.
“Kami mengucapkan terima kasih yang sebesarnya buat Search dan seluruh tenaga kerja,” ujar Pengarah Program Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM), Encik Mohd Roslan Mohd Rafi.
Atas keprihatinan pihak penganjur dan pihak produksi setiap jualan tiket bagi konsert ini iaitu RM 10.00 disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu artis-artis yang memerlukan. Jumlah sumbangan adalah RM5000.













