SOSIAL MEDIA

09 September, 2024

ADAM MATIIN HADIR DENGAN “DETAK CINTA” SINGLE TERBARU SELEPAS TIGA TAHUN

ADAM MATIIN


9Hb September 2024, Saltys , Cyberjaya, Kuala Lumpur. Asia Empire Records Malaysia. Sesi temubual single terbaru Adam Matiin “ DETAK CINTA “ 


Single terbaru Adam Matiin berjudul Detak Cinta adalah ciptaan sepenuhnya Adam Matiin. Susunan muzik oleh Alan Monosterio dan sesi rakaman dijalankan di Studio Asia Empire Records Malaysia. Adunan oleh Anep Monosterio 



Sebelum ini Adam Matiin pernah hasilkan sebuah single berjudul HEY LADY pada tahun 2021. Setelah 3 tahun kini Adam Matiin kembali dengan single terbaru DETAK CINTA dengan konsep yang berbeza dan lebih matang. 


Adam Matiin adalah pelajar lepasan degree ( Bachelor Of Music ) Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA ) Kini bekerja di Singapura sebagai tenaga pengajar vokal di sebuah institut muzik. 


Adam Matiin mempunyai pengalaman luas didalam persembahan pentas dan turut menjuarai beberapa pertandingan nyanyian sehingga ke peringkat asia. 



Berinspirasikan artis seperti Celine Dion dan Anuar Zain, muzik Adam jelas kecenderungan ke genre pop ballad , blues dan jazz. Walaubagaimana pun Adam tidak sama sekali takut untuk mencuba sesuatu yang baru didalam pilihan jenis muzik. Dengan daya yang ada Adam akan terus berusaha untuk buktikan menjadi seorang penyanyi versatile. 


Ini adalah kali kedua bekerjasama dengan syarikat rakaman Asia Empire Record . Pada 6hb September 2024 Adam telah mengadakan showcase di Alor Setar dan berjaya menarik minat penonton dengan sangat luarbiasa. Ini adalah kali kedua Adam membuat mini showcase solo. 



Adam berharap agar lagu dan karya beliau dapat diterima pendengar serta memberi ruang untuk sama sama memeriahkan industri muzik tanahair. Kini Adam dalam perangan untuk merakankan beberpa lagu terbaru dan mungkin akan hasilkan album pertama.