KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2024 - Penyanyi, komposer lagu dan penulis, Amir Jahari, kini kembali dengan album terbarunya yang dinanti-nantikan, “Kembali”. Hasil perjalanannya selama 13 tahun dalam industri seni muzik Malaysia, album ini meneroka pelbagai genre dengan sentuhan pop-rock-folk dengan pengaruh Nusantara, yang turut mengangkat tema kemanusiaan serta kerohanian.
Album “Kembali” memuatkan sejumlah 15 lagu, iaitu 12 lagu baru serta tiga lagu rakaman semula, iaitu Hasrat yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-27 dengan susunan yang diolah khas untuk malam bersejarah itu. “Sampai Ke Bulan” pula ditulis oleh Amir Jahari sepenuhnya untuk album 2013 Faizul Sany, serta single pertamanya “Tanpamu” yang diberi nafas baru bersama penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak iaitu Nana Sheme.
\ 
Album ini juga mendapat sentuhan magis beberapa orang produser serta pemuzik tanah air termasuk AG Coco (Hujan). “Kembali akan menjadi satu titik permulaan yang baru untuk Amir dan pasukan untuk melangkah lebih ke hadapan di dalam industri muzik,” kata Amir.
“Kembali” merupakan album yang telah dipendam lama tentang hidup untuk memberi dan kembali kepada asal usul”. Single terbaru, “Kenangan” telah pun dikeluarkan pada 31 Mei 2024 di semua platform penstriman manakala muzik video rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.

LATARBELAKANG AMIR JAHARI Mohamad Amirullah Jahari atau Amir Jahari, berasal dari Kuching, Sarawak memulakan kerjaya muziknya dengan album sulung “Penghibur Jalanan” pada tahun 2013. Album “Kembali” merupakan hasil sepenuhnya tulisan Amir sendiri yang dilihat sebagai pencapaian membanggakan untuk anak muda yang berumur 21 tahun ketika itu.
Ia mendapat empat pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-20 pada tahun 2014 dalam kategori Kulit Album Terbaik, Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu, Rakaman Album Terbaik dan Video Muzik Terbaik. Selain itu, ia juga meraih dua pencalonan untuk Anugerah Planet Muzik ke-13 pada tahun 2014 untuk Lagu Terbaik (Malaysia) manakala sejumlah empat lagu dari album itu layak ke separuh akhir Muzik Muzik, dengan penampilan pertamanya dalam Anugerah Juara Lagu ke-27 pada tahun 2013.
Amir juga telah terpilih sebagai Komposer Muda Berpotensi MACP 2015 serta menjadi Juara Hard Rock Rising Malaysia 2015. Selain itu, penglibatannya dalam kugiran projek Go Gerila! bersama Aizat Amdan juga mendapat sambutan hangat. Single seterusnya, “Ingga” menjadi lagu bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya yang di putarkan di semua radio arus perdana Malaysia, dan telah menjadi lagu pilihan persembahan Amir ketika mewakili Malaysia di ABU TV Song Festival 2021. Album keduanya, “Siang Dan Malam” dikeluarkan pada tahun 2018 secara independen, khas untuk menerokai kepelbagaian alam bunyian dalam eksperimentasi gabungan genre dan evolusi lagu, irama dan penulisan Amir Jahari.
Maka terhasil sebuah naskah istimewa yang menampilkan lagu-lagu seperti Sila Robek Hati Ini, Sang Perindu, Bayang, dan Hadiah Dari Tuhan. Album “Kembali” merupakan kerjasama antara Sekalo Music dan Sony Music Entertainment. Album “Kembali” akan berada di semua platform penstriman pada 16 Ogos 2024.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kartini Sulaiman (Pengurus) di talian 016 8789437 atau Fitrah Ilahi (Marketing & Promotion) di talian 013 2000 813.



