SOSIAL MEDIA

29 April, 2024

‘UDARA’ DEDANGAN TERBARU NADEERA

NADEERA UDARA


KUALA LUMPUR, 22 September 2023 – Perjalanan seninya bermula ketika menjadi juara program realiti popular dan dari situ, bintang bernama Nadeera mula bersinar.


Setelah muncul dengan beberapa single dan terbaharu menerusi single ‘Balik Raya’ bersama Wani Kayrie dan Indah Ruhaila di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, kini Nadeera tampil kembali menerusi lagu terbaharunya berjudul ‘UDARA’ hasil ciptaan komposer yang semakin meningkat naik, Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K juga diterbitkan oleh label terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.


“Saya sangat teruja apabila dipilih oleh pihak Rocketfuel Entertainment sebagai pembawa suara runut bunyi bagi drama bersiri berjudul ‘FRAMED’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi bermula 3 Mei 2024. Tambahan pula, lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri”, ujar Nadeera.



“Jalan cerita bagi single ‘UDARA’ ini pula mengisahkan tentang seseorang yang mencari jawapan ke atas kehilangan insan yang disayangi dan secara tidak langsung terlibat dalam sebuah konspirasi yang merujuk kepada jalan cerita di sebalik drama bersiri ‘FRAMED’.


“Saya berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu UDARA ini dengan sebaiknya, dan  semoga lagu dan bait liriknya mendapat tempat di hati para peminat di Malaysia khususnya.”