KUALA LUMPUR 03-03-2024 Sembilan penyanyi legenda rock terhebat bergandingan di atas satu pentas. Azan, Poey, Hazama, Ameng, Ezad, Zamani, Muss, Amir dan Shidy. para penonton turut dihiburkan dengan 30 buah lagu rock yang didendangkan mereka.
Menurut Kak KM, dia sememangnya peminat tegar bagi lagu-lagu bergenre rock jiwang dan ‘tangkap leleh’ malah sering mendengar lagu-lagu tersebut sewaktu memasak di dapur setiap pagi.
“Saya selaku peminat tegar lagu-lagu jiwang dan leleh, serta membesar dengan rock kapak, memang sangat teruja dengan kejayaan konsert malam ini.
Aril Pilus diberikan tanggungjawab menjadi pengacara pada konsert ini turut menaikkan semangat peninat peminat yang hadir dari segenap golongan umur muda hinggalah yang berumur.
Azan dari kumpulan Scan membuka tirai konsert dengan lagu hit beliau Disana Mawar Di Sini Penawar,Yang Kalut Difikiran dan Kau Dipaksa Aku Terpaksa.
Poey dari Kumpulan Sting tidak kurang menyengat dengan menyanyikan lagu hit beliau, Adakah Kau Setia, Dalam Diam Aku Mencintaimu dan Kau Tetap Kuhajati.
Konsert diteruskan dengan persembahan Hazama dengan lagu Bukan Ku Tak Sudi, Aduhai Seribu Kali Sayang dan Relakan Jiwa.
Seterusnya persembahan Shidi dari kumpulan Data menghiburkan penonton dengan lagu hit beliau, Nyanyian Rindu Buat Kekasih, Mengulit Kenangan dan Permaisuri.
Antara kemunculan yang di nanti nantikan Ameng dari kumpulan Spring ternyata membuat peminat peminat sangat teruja dan turut sama bernyanyi. Ameng seterusnya turun dari pentas untuk bersama peminat membuatkan semua yang di dampinginya sangat teruja.
Ezad Lazim menyampaikan lagu hit beliau, Seperti Dulu, Masih Teserlah Ayumu dan Mengintai Dari Tirai Kamar
Amir UK's menghangatkan lagi konsert dengan nyanyian lagu 'sing along' mengamatkan suasana dalam dewan dengan lagu lagu hits mengamit memori.
Kemunculan Zamani dari kumpulan Slam menjadikan konsert bertambah panas dengan lagu hit beliau, Kembali Merindu, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih dan Gerimis Mengundang.
Gegaran ROCK dirasai apabila Muss muncul di atas pentas konsert dengan lagu-lagu hit beliau Sinar, Cintamu Mekar Di Hati dan Sendiri.
Persembahan penutup semua artis yang terlibat menyanyikan lagu Srikandi Cintaku dengan penuh jiwa.
“Kami cukup teruja malah diharapkan konsert ini mengubat kerinduan semua peminat muzik rock tanah air. Walaupun agak sukar untuk menghimpungkan sembilan legenda rock terkenal tanah air di atas satu pentas, kami berjaya melakukan dengan cemerlang dan berharap agar konsert ini akan menjadi kenangan indah buat penonton,” kata Nona.
Malah Pengurus RAR Sky Entertainment iaitu Muhammad Iskandar Ali memaklumkan bahawa kejayaan konsert pada malam tersebut adalah kerana pemilihan artis yang dipilih oleh penaja iaitu Kak KM.
“Saya amat berpuas hati di awal pemilihan barisan artis oleh Kak KM dan terbukti penonton gembira dan menyanyi bersama pada malam ini,” kata Muhammad Iskandar Ali.
“Pasti semua yang hadir pada malam ini terhibur dengan himpunan para selebriti yang membuat persembahan. Paling terharu penonton rata-rata ‘sing-along’ sama-sama,” kata Kak KM gembira.




























































