Tidak dinafikan kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi dengan di perbanyakan nyanyian lagu-lagu yang bermotifkan raya. Tidak hairanlah mengapa semua syarikat rakaman mengambil kesempatan untuk mengeluarkan lagu-lagu yang berlandaskan perayaan.
Dua Suara Media juga turut mengambil peluang ini dengan menampilkan kesemua artis yang berada di bawah naungannya dengan merakamkan lagu yang berjudul ‘Lebaran’.
‘Bersempena Syawal yang bakal menjelang tiba, Dua Suara Media juga ingin memberikan sebuah lagu yang bakal memeriahkan lagi suasana lebaran yang akan datang ini”, ujar William Tan sewaktu pelancaran lagu tersebut yang telah di adakan di D Breeze, BSD City Tangerang, Indonesia pada 20 Mac lalu.
Beliau yang juga Pengarah Dua Suara Media berharap agar lagu yang disampaikan oleh artisnya mendapat sambutan dan diterima oleh peminat muzik.
Dimansyah Laitupa, Shara Clara, Yurisana Septeasa, Salma Putri, Reyhan, Fahri Ahmad, Raffa Affar, Latoya de Larasa, Dina Rubby dan Qhutbus Sakha telah menyumbangkan suara mereka menerusi lagu ‘Lebaran’ hasil ciptaan Pepep ST12.
Pepep mengakui antusias dengan semua penyanyi yang memberikan kerjasama yang cukup baik di sepanjang tempoh rakaman lagu tersebut dilakukan meskipun ianya mengambil masa yang singkat.
“Saya ingin melahirkan rasa bangga di atas kerjasama yang diberikan oleh kesemua artis yang sama-sama menjayakan proses rakaman lagu ini. Walaupun ianya cukup singkat namun hasilnya cukup memberangsangkan”, ujar Pepep
“Saya terpaksa membuat homework memandangkan lagu ini akan dinyanyikan oleh 10 orang artis, jadi saya terpaksa bahagikan kepada beberapa bahagian lirik agar mereka semua dapat nyanyikan”, tambahnya.
![]() |
| rombongan media Malaysia |
Untuk rekod, Dua Suara Media merupakan perusahaan yang bergerak di bidang label dan penerbitan musik digital yang didirikan pada awal 2023.





