SOSIAL MEDIA

27 February, 2024

RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL MENYAJIKAN TEMA NASI PADA RAMADAN KALI INI DENGAN " CEQ LAPAQ NASIK LAH "


Kehadiran Ramadan sudah tentunya kemeriahan waktu berbuka puasa menjadi tumpuan ramai. Tidak ketinggalan restoran REBUNG dan hasil air tangan Chef Ismail pastinya akan menyediakan juadah yang menyelerakan.

Tema untuk tahun 2024 ini adalah “Ceq Lapaq Nasik lah!”, Untuk tema ini, pihak restoran akan menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui antaranya Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut.




Pelbagai juadah yang disediakan menepati citarasa masakan kampung seperti gulai daging kawah, masak lemak cili padi, ikan patin tempoyak, ayam masak kicap serta pelbagai jenis masakan sayuran.



Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 450 orang pada satu masa. mengikut Terdapat juga bilik-bilik seperti Orange Room untuk 10-12 orang, Blue Room berkapasiti 15-18 orang, Red Room berkapasiti 60-80 orang, Green Room berkapasiti 90-110 orang, Stage Area berkapasiti 110-130 orang, Yellow Room berkapasiti 45 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 60-80 orang.







Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Kemudahan Lift dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU. Selain itu, parking kereta awam disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.40 (termasuk 6% sst) sekali masuk.










Tidak Hanya pelangan menikmati juadah yang sedap lagi menyelerakan malah turut disajikan dengan dengangan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.


Restoran Rebung turut menyediakan perkhidmatan Katering bagi sebarang majlis . Pihak restoran juga menyediakan perkhidmatan sewaan bilik dan katering samada di restoran kami, kediaman anda ataupun di pejabat. 


Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat anda, anda boleh menghubungi pihak Katering kami untuk membuat tempahan. 

Restoran Rebung yang tarletan di 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480, Kuala Lumpur.

Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan, Majlis Berbuka Puasa atau Majlis Rumah Terbuka di Restoran Rebung, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian 03-2276 3535/ 2525 untuk maklumat lanjut.