SOSIAL MEDIA

05 February, 2024

MASALAH KESIHATAN TIDAK HALANG "LIZA HANIM 27 YEARS JOURNEY IN CONCERT"


Kuala Lumpur : 4 Feb bertempat di ZEPP, Kuala Lumpur bergema paduan suara yang hebat dari LIZA HANIM dalam ‘Liza Hanim 27 Years Journey In Concert’. berjaya memukau lebih 1,300 penonton dengan lebih 30 buah lagu pada konsert sulungnya selepas memulakan kerjaya nyanyian sejak 1997.




"Kalau nak jumpa orang yang kita sayang, memang akan sakit dulu," kata penyanyi, Liza Hanim yang mengalami masaalah kesihatan sejak dua minggu lalu sehingga terpaksa mengambil nebulizer apabila mengalami masalah penafasan.





Sepanjang konsert yang berlangsung hampir dua jam 30 minit itu, Liza berjaya mengawal suaranya dengan baik dan mengalunkan lagu-lagu yang memperkenalkan dirinya di persada seni hiburan tempatan.

Antara lagu itu adalah Gelisah Mimpi, Siapa Sangka Siapa Menduga,Semilir, Andainya Aku Bersuara dan banyak lagi.





Liza turut menampilkan satu segmen khas Tribute Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan membawakan lagu Jeritan Batinku dan Dimanakan Ku Cari Ganti. Liza turut bergandingan dengan anaknya Marsya Qistina.



Lebih menarik di konsert itu turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa seperti penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta beberapa penyanyi hebat tempatan antaranya Ziana Zain, Anuar Zain, Marsha, Jaclyn Victor, Nikki Palikat, Noryn Aziz, Aisha Retno, Dina Nadzir, Haziq Husni dan Dafi Ismail.



Peminat yang datang bukan hanya dari Malaysia malah turut hadir dari negara Brunei dan Singapura malah ada yang tidak dapat turut serta kerana tiket habis dijual.