Tanggal 17 Feb 2024, bertempat di JioSpace Petaling Jaya telah berlangsungnya Premium Showcase AZ40 yang merupakan kesinambungan kepada konsert AZ40 yang telah diadakan pada 28 Oct 2023 yang lalu di stadium Melawati Shah Alam.
Premium Showcase yang lebih kepada pendekatan yang lebih rapat dengan peminat yang tidak putus putus menyokong Anuar Zain sepanjang karier beliau dalam industri musik.
Pada petang itu sebanyak 11 buah lagu disampaikan oleh Anuar Zain antaranya adealah kaulah satunya, sesuci cintamu, cinta harus memiliki, keabadian cinta, saving all my love, sedetik lebih, lelaki ini.
Anuar Zain turut diraikan dengan kek sempena hari lahir beliau bersama peminat peminat. Anuar.
Di showcase ini Anuar Zain membuat persembahan dengan santai dimana kearaban bersama peminat peminat lebih dilebihkan dengan memberikan patung patung beruang kecil dan besar.
Tidak hanya dengan Anuar Zain, kehadiran kakaknya Ziana Zain turut memeriahkan dengan sama sama berduet untuk seketika.



























