The Pearl Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk meraikan ketibaan bulan suci Ramadan dan melakar detik serta momen indah yang tidak dapat dilupakan bersama yang tersayang sambil menikmati sajian makanan dan penginapan terbaik.
Hotel ikonik ini menawarkan pelbagai pengalaman yang unik dan konsep santapan Ramadan baharu bertemakan sajian warisan nusantara. Tahun ini, pihak hotel telah merancang pelbagai acara yang menyeronokkan serta promosi istimewa makanan dan minuman untuk memberikan tetamu merasai keistimewaan unik Ramadan bufet di The Pearl Kuala Lumpur. Dari 14 Mac hingga 7 April 2024, The Pearl Hotel dengan berbesar hati mempersembahkan.
"Sajian Warisan Nusantara", sebuah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi. Rebutlah peluang keemasan anda untuk membuat pembelian awal dengan harga istimewa.
Di samping itu kami juga turut menawarkan Bufet Ramadan percuma kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan setiap pembelian baucar untuk seorang dewasa pada harga biasa. 14 Mac – 24 Mac 2024 HARGA ISTIMEWA Dewasa : RM108+ Kanak-kanak : RM68+ Warga Emas atau OKU : RM88+ 25 MAC – 7 APRIL 2024 HARGA BIASA PEMBELIAN 1 DEWASA PERCUMA 1 KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH Dewasa : RM128+ Kanak-kanak : RM78+ Warga Emas atau OKU : RM98+
Uniknya pada tahun ini adalah Bufet kami turut menyajikan pelbagai Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan.
Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan. Kesemua Gerai Ramadan ini menyajikan aneka pilihan untuk santapan anda pada Ramadan Bufet.
Disamping Gerai Ramadan, Chef kami juga turut tampil dengan Sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual dengan harga RM15 sebotol. Antara menu istimewa lain yang dijual ialah Daging Tok Rendang (RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28).
Pasukan Cef berbakat kami akan menghasilkan lebih dari 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa dan pastinya memikat selera, di samping hidangan Resipi Klasik Melayu, kami turut menyajikan Resipi Sajian Eropah, Resipi Sajian Klasik India, Resipi Sajian Arab & Mediterranean serta Resipi Sajian Klasik Cina.
Bufet Ramadan kami pada tahun ini menyajikan pelbagai hidangan istimewa yang pastinya memukau selera anda. Dari juadah pembuka selera, hidangan utama hingga hidangan pencuci mulut, setiap menu yang disajikan mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.
Sudah pastinya kemuncak bufet kami ialah Kambing Panggang yang lembut dan diperap dengan baik. Selain daripada Kambing Panggang, hidangan buffet Ramadan kami menampilkan juadah asli seperti Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging dan tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Gerai Apam Balik Special, Waffle, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan.
Di The Pearl Kuala Lumpur, kebanyakan hidangan yang disediakan diinspirasikan daripada resipi klasik turun- temurun dari zaman berzaman. Setiap hidangan disajikan dengan penuh kasih sayang dan kami pastinya ingin memberikan para pengunjung merasai nostalgia Sajian Warisan dengan resipi istimewa daripada Cef kami.
Nikmati masakan Ramadan yang terbaik hanya di The Pearl Kuala Lumpur! Di samping keenakan juadah Ramadan yang menambat selera anda, kami juga akan memberikan pelbagai baucar membeli-belah kepada anda daripada pelbagai jenis jenama dan servis yang terdapat di Pearl Shopping Gallery dan Pearl Point Shopping Mall seperti Jaya Grocer, Watsons, Nando’s, Old Town, Home’s Harmony, Tealive, Gong cha, HWC Coffee, Breadstory, BeauMedic, Eye Cube, Signature Optical, Anytime Aroma, La Gourmet, Hope Salon, Sen Space dan Fat Cat Cafe.
Kesemua baucar ini akan diberikan secara rambang sepanjang bulan Ramadan. Acara kemuncak kami pastinya hadiah cabutan bertuah yang menanti anda, Bagi setiap pembelian baucar Ramadan anda layak untuk tersenarai bagi acara cabutan bertuah kami yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama RM5000 tunai! Hadiah Utama : RM5000 tunai Hadiah Kedua : RM3000 tunai Hadiah Ketiga : RM1000 tunai 3 Hadiah penginapan percuma - 2 hari 1 malam di bilik Premier 5 Hadiah penginapan percuma – 2 hari 1 malam di bilik Deluxe. Pengumuman cabutan bertuah : 8 April 2024
Status Halal merupakan keutamaan khususnya bagi masyarakat Muslim untuk menjamu selera di mana-mana Restoran, Dapur Restoran kami telah pun disahkan Halal mengikut konsep Shariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain daripada juadah berbuka puasa yang indah, surau juga disediakan di tingkat 8 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. Kami juga turut menjemput imam bagi mengetuai Solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Untuk Tempahan :
016-331 8437 atau https://wa.link/snvhyv
016-331 8729 atau https://wa.link/u2s3mq
011-1162 4462 atau https://wa.link/gyh87n
016-331 8795 atau https://wa.link/hnzgcz
016-620 2070 atau https://wa.link/ofpa41
016-331 8794 atau https://wa.link/eulz7o
Terletak di Aras 5, tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dalam atau di luar sambil menikmati hidangan lazat. Melo Café & Deli mempunyai kapasiti tempat duduk sehingga 200 orang manakala ballroom kami mampu memuatkan sehingga 1000 orang pada satu-satu masa dan pastinya ia merupakan lokasi berbuka puasa yang tepat untuk menghargai detik-detik bersama keluarga, rakan dan insan yang tersayang.



































