SOSIAL MEDIA

15 January, 2024

'LETTO 20TH ANNIVERSARY' MEMBUKTIKAN MEREKA MASIH MENYENGAT


KUALA LUMPUR 12 Januari 2024. 'Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur' telah pun melabuhkan tirainya di Zepp, Kuala Lumpur. Konsert ini yang telah dijayakan oleh Qew Communications Sdn Bhd.

Kehebatan kumpulan daripada Indonesia ini telah memukau setiap kehadiran yang memenuhi segenap ruang anggaran seramai 3 ribu peminat peminat mereka. 

Letto dianggotai vokalis, Noe (Sabrang Mowo Damar Panuluh), pemain gitar, Patub (Agus Riyono), pemain bass Cornel (Cornelius Prapaska ), Pemain Keyboard Widi (Tri Widiantoro) dan Dhedot (Dedi Riyono) selaku pemain dram sudah tidak sabar bertemu lalu memperdengarkan lagu-lagu hit mereka termasuk Ruang Rindu, Sandaran Hati, Senyumanmu, Sebelum Cahaya secara langsung selepas lebih 10 tahun tidak beraksi di Malaysia.



Menyuntik elemen istimewa, Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur telah dibalut dengan nada-nada ‘manis’ dari Bunyian Gamelan mengiringi sepanjang persembahan pada malam itu dan gabungan amat hebat sekali.


Menyampaikan 17 buah lagu dari album LETTO seperti bird song, permintaan hati, sandaran hati, ruang rindu, sebelum cahaya dan juga tiga buah lagu dari Malaysia iaitu suci dalam debu, cinta kita dan isabella.

Pembukaan konsert penghormatan telah diberikan kepada Dalia Farhana yang menyampaikan tiga buat lagu dan juga berduet dengan Noe. Ternyata Dalia turut memberikan persembahan yang terbaik untuk bersama dengan Letto.



Pihak Qew Comm pula menyifatkan persetujuan Letto untuk menjayakan Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur sebagai sebuah kolaborasi yang akan penuh dengan nostalgia. Ternyata percaturan mereka berjaya menghasilkan satu konsert yang hebat.










https://bit.ly/3tJzqTT