SOSIAL MEDIA

17 January, 2024

KONSERT UK'SLAM MUZIKAL AKAN MEMBERIKAN 'KEINDAHAN' BUAT PEMINAT


Dua kumpulan muzik pop rock yang tak perlu diperkenalkan lagi, UK'S dan SLAM kali ini akan bergabung di atas satu pentas dalam Konsert UK'Slam Muzikal yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 3 Februari 2024 nanti.

Dianjurkan oleh BOMBBAY LEGEND WORLDWIDE bersama AMIR UK'S Entertainment, konsert yang akan berlangsung selama hampir tiga jam pastinya akan memberikan satu kelainan dengan alunan lagu-lagu yang menjadi hit dan siulan dari dua kumpulan tersebut.




Kumpulan UK'S yang dianggotai oleh Mohd Azmir Muhammad Yusuf atau lebih dikenali sebagai Amir Uk's bersama Rozdenil Toni (gitaris), Mohamad Saleh Mohd Alias (bass), AMiruddin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Ahmad @ Mus Satira (gitar).



Manakala kumpulan Slam pula diterajui oleh Zamani Ibrahim (vokalis), Shah Nizam Abdul Halim @ Shah (gitar), Eddie Ahmad (keyboard), Nor Azli Masrani (bass) dan Othman Khalid (drum).


Konsert muzikal ini akan disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (Keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa'ang (perkusi).


Ianya satu kelainan dan bakal menjadi sejarah bagi dua kumpulan ini tatkala membuat persembahan di atas pentas nanti. Peluang yang tiba ini dianggap sebagai suatu yang tidak terduga dan sukar untuk dilepaskan sebagai pemuzik dan anak seni yang telah lama berkecimpung dalam industri.

Sehingga sekarang, telah hampir 60% persiapan buat mereka menjelang konsert mereka nanti. Selain itu, persiapan mental dan fizikal juga menjadi titik utama buat dua kumpulan ini.


"Saya masih lagi berusaha sedaya upaya untuk menghafal lirik-lirik lagu Slam, begitu juga Zamani untuk menghafal lagu-lagu Uk's dan Insyallah ianya tidak akan menjadi masalah demi menghiburkan hampir 7ribu penonton nanti. , kata Amir.

"Antara cabaran yang dihadapi untuk konsert ini adalah untuk mengikuti melodi dan lagu kumpulan Slam kerana saya biasa menyanyikan lagu-lagu sendiri, tetapi demi konsert ini, saya sahut cabaran ini". tambahnya lagi.


"Umum mengetahui bulan februari akan penuh dengan konsert dari pelbagai artis, tetapi tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan persembahan kerana kami pecaya, gabungan UK'S dan Slam mempunyai peminat yang tersendiri tidak kira usia. Sama-sama kita doakan agar konsert muzikal ini akan berlangsung dengan jayanya." Kata Zamani.

setakat ini, sudah 50% tiket untuk konsert ini terjual dan menjangkakan ianya akan menjadi sold out menjelang konsert kerana ini adalah satu-satunya konsert dimana dua kumpulan bergabung dengan diiringi penyanyi latar dari ASWARA.


Difahamkan juga, akan ada persembahan istimewa dari mereka sepanjang konsert ini berlangsung sebagai tanda terima kasih kepada semua peminat yang tidak jemu-jemu memberi sokongan, jatuh bangun dua kumpulan ini. Inilah masanya untuk peminat memenuhi ruang di Stadium Malawati yang mampu memuatkan seramai lebih 7ooo orang pada malam tersebut.

Tiket untuk menyaksikan konsert ini masih boleh didapati di www.ilassotickets.com atau hubungi talian hotline +6011-13297822 (Whatsapp sahaja).

Tiket berharga RM588 (GOLD)-Bernombor, RM308 (SILVER)-Bernombor, RM248 (BRONZE)-Bernombor juga masih boleh didapati sekarang. Manakala untuk kategori Yellow (RM408), RED (RM248), BLUE (RM188), GREEN (RM108), ORANGE (RM208) dan PURPLE (RM148) juga masih boleh didapati tetapi terhad.

Dapatkan tiket-tiket anda sekarang dan mari kita mengimbau kenangan bersama siulan lagu-lagu malar segar dari UK'S dan SLAM malam itu nanti!.