SOSIAL MEDIA

07 January, 2024

KEMUNCAK PENTAS MARHABAN TERBITAN TV AL HIJRAH MENOBATKAN AL-MAQARI SEBAGAI JUARA


Kuala Lumpur 07 Januari 2024. Pentas Marhaban terbitan TV Al-Hijrah menemukan 4 kumpulan yang akan memperjuangan kehebatan dan kebolehan untuk menjadi juara. Mereka adalah Raudhatul Ashwaq, Al-Maqari, Al-Muhtadin dan Qalbun Hadi.

Tugasan mereka untuk pertandingan akhir ini adalah bertema Marhaban dan Rawi, Penceritaan dan Qasidah. Setiap kumpulan haruslah memenuhi kesemua kehendak tema.



Ustazah Asni Mansor, Ustaz Zulhafis Gambus dan juri jemputan Ustaz Hasim Harun memikul tugas yang berat bagi memastikan kesemua kumpulan memberikan persembahan dan penyampaian mengikut format pertandingan yang ditetapkan.

Gandingan 2 pengacara iaitu Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau merancak kan lagi perjalanan Pentas Marhaban ini dengan keletahan kata kata.




Kumpulan Al-Maqari telah dinobatkan sebagai juara program Pentas Marhaban sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta sebuah tropi .


Kumpulan Qalbun Hadi pula dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi sumbangan TV AlHijrah.


Sementara itu, kumpulan Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq sekadar meraih hadiah saguhati dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bagi setiap kumpulan.



Kehadiran Daqmie dan kumpulan Rabbani turut memeriahkan lagi Pentas Marhaban ini.